Malaysia Sahkan Serpihan Sayap di Laut Hindi Milik Boeing 777

C__Data_Users_DefApps_AppData_INTERNETEXPLORER_Temp_Saved Images_f54bab35-2200-4b37-a529-946588b96a36
Seorang polis lain dan polis Perancis berdiri di sebelah serpihan pesawat yang tidak dikenalpasti yang ditemui di timur pulau Perancis, La Reunion di Laut Hindi pada 29 Julai 2015.

 

Pegawai Malaysia telah mengesahkan satu serpihan yang ditemui di Laut Hindi adalah milik Boeing 777, jenis yang sama dengan pesawat MH370 yang hilang lebih 16 bulan lalu bersama-sama 239 penumpang.

Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Aziz Kaprawi mengatakan bahagian sayap yang terdapat beberapa kelompok teritip itu telah ditemui di pulau Perancis, La Reunion, mengesahkan ia milik Boeing 777.

‘’Daripada serpihan kecil itu, telah disahkan ia milik pesawat Boeing 777. Maklumat ini daripada MAS (Malaysia Airlines). Mereka telah memaklumkan kepada saya,’’ katanya.

Penemuan serpihan sayap pesawat itu telah memberikan harapan kepada penyelesaian misteri berkaitan MH370 itu yang akhirnya dapat dirungkaikan.

Serpihan sepanjang 2 meter itu telah dihantar ke Toulouse di selatan Perancis untuk siasatan lanjut. Pegawai Malaysia berkata sebarang pengesahan berkaitan hubungan antara bangkai tersebut dengan kehilangan pesawat itu bergantung kepada siasatan di Perancis.

Timbalan Menteri Malaysia, Abdul Aziz berkata lagi walau bagaimanapun keputusan mengenai hal ini akan diputuskan Boeing, pengilang pesawat tersebut.

Harapan buat keluarga mangsa

Pegawai Australia turut menyatakan harapan di mana serpihan yang ditemui mampu memberikan sedikit jawapan kepada segala persoalan misteri kehilangan pesawat MH370.

Serpihan yang baru ditemui itu turut menambahkan kegelisahan kepada kesemua keluarga penumpang pesawat yang hilang pada Mac 2014.

‘’Perkara yang paling penting buat masa sekarang adalah memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga tersebut,’’ kata Menteri Pengangkutan Australia, Warren Truss, merujuk kepada kesemua keluarga penumpang yang gelisah dan juga yang masih lagi menaruh harapan.

Usaha pencarian dari pelbagai negara yang tertumpu di selatan Laut Hindi dan diketuai Australia masih lagi belum mendapatkan sebarang klu berkaitan kes tersebut beserta dakwaan pegawai bahawa operasi tersebut telah berulang kali menjadi kusut disebabkan salah informasi dan silap arahan.

 

Penterjemah : Nurul Fitrah Abdullah

Sumber : PressTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Serangan Pelampau Yahudi: Bayi Dibakar Hingga Mati di Tebing Barat

Next Post

Rundingan TPPA di Hawaii Gagal Capai Kata Putus

Related Posts
Skip to content