KOMPAS Edisi 1/2021
1. Sustainable Development Goals (SDG) pada hari ini dinilai oleh masyarakat dunia sebagai manifesto sejagat untuk menyelamatkan manusia daripada kerosakan dan kemusnahan.
2. SDG merupakan sebuah inisiatif hasil resolusi United Nations pada tahun 2015. Terdapat 17 objektif yang dipersetujui dalam Perhimpunan Agung PBB untuk dicapai menjelang tahun 2030 bagi menggantikan Millenium Developement Goal (MDG).
3. Namun begitu, jika diteliti SDG adalah sebahagian daripada perancangan besar 100 tahun yang telah diperkenalkan oleh sebuah kumpulan yang dikenali sebagai The Club of Rome.
4. Ia bertujuan untuk mempromosi idea terhadap penyempurnaan agenda orde dunia baru kepada masyarakat dunia melalui perancangan kolektif SDG.
5. Terdapat beberapa persoalan konstruktif yang boleh dipersoalkan. Antaranya, adakah SDG hanya dilihat sebagai sebuah pelan inisiatif hanya untuk mengurus pertumbuhan manusia dengan sumber alam, atau ia mempunyai tujuan yang lebih besar daripada itu? Apakah yang cuba dilakarkan oleh kumpulan The Club of Rome menjelang tahun 2100 sejak pelan gergasi ini dimulakan pada tahun 1972? Siapakah The Club of Rome itu sendiri? Serta bagaimanakah usaha yang dilakukan sehingga semua negara bersetuju untuk menurut cadangan dan implementasi SDG dalam pembangunan negara masing-masing?
Muat turun laporan penuh pada pautan yang disediakan di bawah (Hanya pelanggan ekslusif sahaja)