LAHAINA, Hawaii – Para menteri yang mewakili negara-negara Pacific Rim berkumpul di Hawaii pada minggu ini untuk satu perbincangan yang bakal menentukan kejayaan atau kegagalan perjanjian perdagangan yang bermatlamat untuk membantu meningkatkan perkembangan dan menyelaraskan piawaian ekonomi antara 12 negara terlibat.
Menteri-menteri perdagangan yang hadir dalam perbincangan yang berlangsung dari 28 sehingga 31 Julai di Pulau Maui berharap dapat mencapai kata sepakat dalam menyimpulkan Trans-Pacific Partnership (TPP), sebuah perjanjian yang dikatakan sebagai perjanjian paling meluas dan cukup rahsia pada masa ini, yang juga merupakan satu penanda aras bagi pentadbiran Presiden AS, Barack Obama.
Walaupun menteri-menteri yang menghadiri pertemuan di Pulau Maui dikatakan berada dalam keadaan optimistik, isu-isu sukar seperti tempoh monopoli untuk ubat-ubatan baru dan keutamaan rawatan bagi syarikat-syarikat milik negara, termasuk isu-isu tipikal seperti peningkatan persaingan dalam pasaran yang dilindungi, telah dijadikan sebagai antara poin-poin terakhir untuk dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
“Mesyuarat ini akan menjadi titik penting dalam menentukan nasib rundingan TPP,” Menteri Ekonomi Jepun, Akira Amari memberitahu para pemberita pada Jumaat yang lepas.
“Saya percaya bahawa negara-negara yang menghadiri mesyuarat ini berazam untuk menjadikan perbincangan ini sebagai yang terakhir.”
Menteri Perdagangan Kanada, Ed Fast pula lebih berhati-hati mengenai perjanjian ini, memberi amaran pada minggu lepas bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan.
Keengganan Kanada untuk menerima lebih banyak import produk tenusu menjadi masalah yang besar dalam perbincangan tersebut dan telah menimbulkan kemarahan AS dan New Zealand apabila negara itu menolak untuk menandatangani perjanjian yang tidak mampu membuka lebih banyak pasaran tenusu.
Mexico yang membeli separuh daripada barangan import negara tersebut dari Kanada, AS dan beberapa buah negara TPP lain, turut gagal dalam membuka pasaran-pasarannya sendiri.
Kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam minggu ini akan mengancam tempoh masa yang semakin suntuk untuk mencapai persetujuan Kongres AS pada tahun ini sebelum agenda ini diwar-warkan dalam kempen pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016.
Pertempuran yang mengambil masa selama enam minggu dengan perundangan AS di peringkat Kongres untuk mendapat kelulusan bagi perjanjian perdagangan tersebut berakhir lewat bulan Jun lalu, dan beberapa perundingan telah disediakan bagi membantu para menteri dalam membuat keputusan sukar yang diperlukan untuk menutup perbincangan tersebut.
Tami Overby, naib presiden senior Asia with the U.S. Chamber of Commerce, berkata bahawa akan wujud kesukaran dalam memastikan momentum yang sedia ada untuk terus berjalan jika para menteri gagal untuk mencapai persetujuan dalam minggu ini, walau bagaimanapun, beliau optimis tentang kejayaan perjanjian tersebut.
Seorang pegawai daripada AS menyatakan bahawa perbincangan masih akan diteruskan jika tiada keputusan muktamad diambil di Maui.
Kesatuan Peru, walau bagaimanapun, baru-baru ini telah memfailkan aduan kepada Jabatan Buruh AS, menyatakan bahawa kerajaan mereka gagal mencapai piawaian dalam perjanjian AS-Peru pada tahun 2009, yang mana seperti TPP, sepatutnya memastikan penanda aras tahap buruh diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Hak pekerja bagi negara-negara TPP, khususnya Vietnam, menjadi kebimbangan utama bagi penggubal undang-undang Demokratik AS di mana kebanyakan mereka risau perjanjian perdagangan tersebut akan menghapuskan sebahagian daripada pekerjaan yang ada di AS disebabkan oleh kualiti buruh yang rendah di luar negara.
Sebahagian daripada diplomat perdagangan daripada negara-negara TPP ragu-ragu tentang kemampuan menteri-menteri untuk menghasilkan konsensus yang terperinci menjelang hari Jumaat ini. Salah satu cara untuk mengatasi keraguan ini adalah dengan mencapai persetujuan dalam perkara-perkara yang umum terlebih dahulu dan memerincikan butiran-butiran yang penting kemudian, menurut seorang pegawai.
Penterjemah : Mimie Amlee
Sumber : Reuters