Tunisia Tutup Masjid Atas Sebab Keselamatan

al-zaytuna-mosq

Kerajaan Tunisia akan menutup 80 buah masjid atas sebab-sebab keselamatan. Tunisia juga telah menutup masjid-masjid yang dikendalikan golongan Salafi pada tahun lepas.

 

Hal ini berikutan pengisytiharan darurat oleh Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi pada hari Sabtu lalu bagi memberikan kerajaannya lebih autoriti dan menghadkan pergerakan umum, susulan dari serangan yang dipercayai dari pengganas ISIL di hotel Imperial Marhaba dekat Sousse, di mana 38 pelancong asing yang telah dibunuh. Kebanyakan dari mereka merupakan rakyat British atau Inggeris.

Sebagai reaksi kepada perekrut kumpulan bersenjata, kerajaan berkata mereka akan menutup 80 buah masjid yang didakwa memiliki kaitan dengan puak pelampau.

“Buat masa ini, Ansar al-Syariah merupakan dalang di sebalik kejadian yang berlaku,” kata sumber keselamatan Tunisia.

Julai lalu, Tunisia melancarkan tindakan ke atas masjid-masjid dan stesen radio yang berkaitan dengan kumpulan-kumpulan konservatif berikutan serangan maut yang melibatkan tentera berhampiran sempadan Algeria.

Pejabat Perdana Menteri Mehdi Jomaa telah berkata bahawa Perdana Menteri telah membuat keputusan untuk menutup segera semua masjid yang bukan di bawah kawalan pihak berkuasa.

Tunisia sudah berada dalam keadaan high alert sejak Mac apabila seorang lelaki bersenjata telah menyerang Muzium Bardo di Tunis, membunuh 21 orang pelancong aing. Insiden itu dikira sebagai salah satu serangan paling buruk dalam tempoh sedekad di negara Afrika Utara tersebut.

Negara itu juga menjangka kerugian sekurang-kurangnya $ 515 juta pada tahun ini, atau kira-kira satu perempat daripada pendapatan pelancongan tahunan anggaran, berikutan serangan tersebut. Tunisia memperoleh $1.95 bilion hasil daripada sektor pelancongan tahun lepas. Sektor ini membentuk tujuh peratus daripada keluaran dalam negara kasar dan merupakan sumber utama mata wang asing dan pekerjaan kepada Tunisia.

 

Farris Hanafi

Sumber : Worldbulletin [1][2][3]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mahkamah AS Benar Guna Dadah Berbahaya Dalam Hukuman Mati

Next Post

Penjelasan Konflik di Sempadan Turki-Syria

Related Posts
Skip to content