Kronologi Kemenangan Gerakan LGBT di Amerika Syarikat

1924: The Society of Human Rights ditubuhkan di Chicago untuk memperjuangkan hak homoseksual.

1951: Organisasi hak gay kebangsaan pertama, the Mattachine Society, ditubuhkan oleh Harry Hay. Harry dianggap antara pelopor gerakan homoseksual.

1955: Organisasi hak lesbian yang pertama, the Daughters of Bilitis, ditubuhkan di San Francisco, California.

1956: The Daughters of Bilitis dinaikkan taraf menjadi organisasi hak lesbian kebangsaan.

1962: Illinois menjadi negeri pertama di AS yang membenarkan perbuatan homoseksual antara orang dewasa diluar kawasan awam.

1964: Antara teater terawal tentang homoseksual, The Madness of Lady Bright dan The Haunted Host dipersembahkan di Caffe Cino; salah sebuah kafe berkonsepkan teater Broadway.

1966: Pertubuhan trans-jantina pertama di dunia, National Transsexual Counseling Unit, ditubuhkan di San Francisco, California.

1969: Komuniti gay melancarkan rusuhan bernama the Stonewall riots yang dijalankan selama beberapa hari di New York.

1974: Setelah menghadapi penentangan dan protes yang berterusan, American Psychiatric Association menukar pengkategorian homoseksual dari ‘penyakit mental’ menjadi ‘gangguan orientasi seksual’. Kategori tersebut juga akhirnya bertukar nama menjadi ‘gangguan identiti jantina’ sehingga kini.

1976: Harvey Milk, sebuah pejuang liberal dan hak homoseksual diangkat menjadi ahli pesuruhjaya bandar gay yang pertama di AS.

1977: Aktivis pejuang hak homoseksual berjaya mendapat kelulusan untuk menjadikan diskriminasi terhadap orientasi seksual sebagai satu kesalahan jenayah di bawah ordinan hak sivil di Dade County, Florida. Sebuah kempen Save Our Children dijalankan sebagai respon daripada golongan Kristian fundamentalis di Dade Country. Sebuah undi majority 70% telah membatalkan ordinan tersebut.

1979: 75,000 orang telah menyertai protes besar-besaran mempromosikan hak LGBT di Washington, DC.

1980: Pada Konvensyen Demokrasi Nasional di New York City, ahli parti Demokrat menyatakan pendirian menyokong hak golongan homoseksual.

1982: Wisconsin menjadi negeri pertama yang mengharamkan diskriminasi berasaskan jantina.

1993: Polisi “Don’t Ask, Don’t Tell” di institusikan dalam angkatan tentera AS, membenarkan golongan homoseksual menyertai barisan tentera tetapi mengharamkan perbuatan homoseksual dijalankan di dalam tentera. Sebuah protes besar-besaran dijalankan di Washington yang dihadiri oleh 800,000 hingga sejuta ahli protes.

2000: Vermont menjadi negeri pertama yang membenarkan perkahwinan antara pasangan homoseksual memberikan taraf yang sama dengan pasangan bukan homoseksual.

2003: Mahkamah Tinggi AS menyatakan bahawa undang-undang Sodomi di AS adalah bertentangan dengan perlembagaan. Mahkamah Tinggi di Massachusetts pula menyatakan bahawa menghalang gay dan lesbian untuk berkahwin adalah bertentangan dengan perlembagaan negeri.

2004-2008: Perkahwinan sejenis dibenarkan di Massachusetts dan Connecticut. Mahkamah Tinggi California membenarkan perkahwinan sejenis atas dasar tidak selari dengan perlembagaan.

2009: District of Columbia (DC) mengeluarkan lesen perkahwinan sejenis yang pertama di Washington. Presiden Obama menandatangani referendum membenarkan kakitangan kerajaan LGBT untuk menerima hak yang sama rata.

2010: Tinggal hanya 29 negeri (daripada 50) mempunyai artikel dalam perlembagaan yang menghalang perkahwinan sejenis.

2011: New York menjadi negeri terbesar yang membenarkan perkahwinan sejenis pada perarakan Gay Pride tahunan di New York City.

2012: Arizona dan Minnesota menolak pendefinisian perkahwinan sebagai perkahwinan antara lelaki dan perempuan dalam perlembagaan negeri. Undian majoriti di North Carolina meluluskan pindaan perlembagaan yang menghalang perkahwinan sejenis.

2013: Lebih daripada 100 ahli parti Republik meminta Mahkamah Tinggi untuk meletakkan perkahwinan sejenis sebagai hak asasi yang termaktub dalam perlembagaan AS. Akta Kebebasan Agama dan Kesamarataan Perkahwinan diluluskan di Illinois, membenarkan perkahwinan sejenis. Sebuah bil perkahwinan gay diluluskan di Hawaii pada tahun yang sama.

2014: Seorang hakim menentang halangan terhadap perkahwinan sejenis di Pennsylvania kerana menganggap ianya bertentangan dengan perlembagaan sekaligus peristiwa itu menyebabkan perkahwinan sejenis di Pennsylvania diluluskan. Dengan itu, 19 daripada 50 negeri di AS telah berjaya membenarkan perkahwinan sejenis mengikut undang-undang dan perlembagaan.

2015: Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat memutuskan bahawa perlembagaan mengiktiraf kedudukan serta hak LGBT. Keputusan ini sekaligus membenarkan perkahwinan sejenis di kesemua 50 buah negeri di AS.


Kesimpulan

Apabila kita menganalisa gerakan LGBT di Amerika Syarikat, kita dapat mengenal pasti tiga peringkat utama gerakan tersebut:
1) Pengaruh: Penubuhan jaringan NGO masyarakat sivil (civil society).
2) Tekanan: Pemberontakan dan protes jalanan untuk menunjukkan sokongan.
3) Kuasa: Pindaan undang-undang dan perlembagaan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pilihanraya Presiden AS 2016: Implikasi terhadap Laut China Selatan

Next Post

Manual Perang Amerika: Wartawan Jadi Sasaran

Related Posts
Skip to content