‘Umbrella’ Hong Kong Buatan Amerika

hk

Sekutu Washington dalam Jabatan Negara Amerika di bawah pemerintahan Obama jelas gusar akan China sepertimana mereka cemas terhadap Vladimir Putin Rusia. Ini susulan kelantangan kedua-dua negara tersebut dalam menonjolkan keinginan negara mereka di samping dua kuasa Eurasian ini turut menunjukkan usaha ke arah kerjasama yang semakin erat dalam semua peringkat strategik. Washington telah mengambil keputusan untuk melancarkan kekacauan ke atas Beijing sama seperti kekacauan Ukraine terhadap Rusia. Kerancakan perjanjian terbaru yang semakin mengeratkan hubungan Beijing dan Moscow seperti saluran paip gas bernilai $400 billion,bank infrastruktur BRICS dan urus niaga dalam ruble dan renminbi berbanding dolar Amerika telah mencetuskan tindak balas Washington yang disebut sebagai ‘Umbrella Revolution’ Hong Kong.

Di dalam era perindustrian global di mana Amerika memberi bekalan kepada negara buruh murah terutamanya China, adalah penting untuk menyatakan bahawa Amerika atau lebih tepat Washington dan Langley, Virginia yang selama ini menghasilkan dan mengeksport hasil ke Hong Kong. Hong Kong telah disasarkan untuk revolusi yang dipanggil ‘Umbrella Revolution’ sempena payung yang digunakan oleh penunjuk perasaan untuk berlindung daripada gas pemedih mata.

‘Payung’ untuk Hong Kong meneruskan ‘Umbrella Revolution’ ini berasal dari Washington. Buktinya jelas kelihatan apabila White House memberikan sokongan segera terhadap gerakan Occupy Central hanya beberapa jam setelah gerakan tersebut berjalan. Jabatan Negara Amerika dan badan-badan NGO yang dibiayainya telah bersedia selama bertahun-tahun untuk protes yang dianggap sebagai sebahagian daripada projek demokrasi Washington Hong Kong ini.

Karakter sama yang berulang

Badan-badan NGO yang dikendalikan Amerika dan pihak terlatih Amerika telah menjayakan kesemua protes gerakan Occupy Central, yang kononnya bagi membantah pimpinan Beijing yang dimumkan untuk pilihan raya Hong Kong 2017. Gerakan protes ini dipimpin oleh pelajar berumur 17 tahun, Joshua Wong, menyerupai Harry Potter versi Hong Kong, seorang pemuda yang lahir selepas 99 tahun era penjajahan British. Wong dibantu oleh Edward Chin (berpendidikan Universiti Minnesota dan pembiaya protes), Chan Kin Man (ahli sosiologi lulusan Universiti Yale), Chu Yiu Ming (menteri Baptist yang merupakan veteran Tiananmen Square destabilization CIA  1989) dan Benny Tai Yiu Ting (Profesor undang-undang University Hong Kong).

Di sebalik wajah-wajah Hong Kong ini, Jabatan Negara Amerika dan NGO-nya, Kongres Amerika membiayai National Endowment for Democracy (NED) melalui National Democratic Institute (NDI) yang menjalankan operasi Occupy Central. Mari soroti sejenak di sebalik topeng protes damai untuk demokrasi ini dan kami temui agenda terselindung Amerika yang tidak demokratik.

Bermula dengan paderi Chu Yiu Ming, menteri Baptist yang terpilih untuk mengetuai Occupy Central. Chu adalah pengasas dan ahli eksekutif badan NGO Hong Kong Human Rights Monitor (HKHRM) yang mengaku ditaja oleh Amerika melalui NED secara terbuka dalam laman sesawangnya.

Mereka menyatakan tujuan mereka: “HKHRM memberikan melaporkan secara ringkas mengenai isu hak asasi manusia di Hong Kong secara lisan mahupun bertulis kepada media, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kerajaan tempatan dan luar negara, serta badan legislatif.” Dalam laporan tahunannya pada 2013, NED memberikan US$ 145,000 kepada Chu. HKHRM juga bekerjasama dengan Alliance for Reform and Democracy in Asia (ARDA)yang turut ditaja oleh NED.

Apabila pihak atasan Occupy Central memutuskan untuk memilih paderi Chu sebagai pemimpin gerakan itu pada Januari 2014 yang lepas, Chu berkata in adalah kerana “ Saya mempunyai lebih banyak hubungan dengan pelbagai kumpulan aktivis dan berpengalaman dalam  kempen sosial berskala besar.” Beliau boleh sahaja menyebut NED sebagai kumpulan aktivis dan Tiananmen Square 1989 CIA sebagai kempen sosial berskala besar tersebut. Paderi Baptist itu turut mengesahkan bahawa beliau dicalonkan sebagai pemimpin Occupy Central  oleh dua lagi pemimpin gerakan, Benny Tai dan Dr. Chan Kin Man yang mahukan beliau mengambil jawatan itu.

Benny Tai juga tidak asing lagi dengan Jabatan Negara Amerika. Tai, profesor undang-undang Universiti Hong Kong dan pengasas bersama Occupy Central, bekerja dengan Pusat Universiti Hong Kong untuk Perbandingan dan Undang-undang Awam (The Centre for Comparative and Public Law (CCPL)) yang ditaja oleh anak syarikat NED, National Democratic Institute(NDI) untuk projek seperti Design Democracy Hong Kong. Laporan tahunan pusat itu menyatakan, “Dengan bantuan kewangan daripada National Democratic Institute, laman sesawang Design Democracy Hong Kong dibina bagi mempromosi pendekatan menyeluruh dan beretika kepada pembaharuan perlembagaan dan politik di Hong Kong. Dalam laman rasminya, NDI menerangkan projek undang-undang Hong Kong yang mengambil masa bertahun-tahun, yang merupakan latar belakang sah kepada tuntutan Occupy. Ini bakal membuka pintu kepada kerajaan pilihan Amerika seperti di Ukraine pada Februari 2014. NDI mewar-warkan,

The Centre for Comparative and Public Law (CCPL) di Universiti Hong Kong dengan bantuan dana daripada NDI, adalah bertujuan menyampaikan suara rakyat dalam proses perundingan melalui pelancaran Design Democracy Hong Kong (www.designdemocracy.hk), sebuah laman rasmi yang unik dan berkecuali bagi rakyat membincangkan masa depan sistem pilihan raya Hong Kong.

Penggerak Color Revolution Washington di Hong Kong, Joshua Wong menemui laman Facebook Scholarism ketika berumur 15 tahun dengan sokongan projek NDI. Seorang lagi tokoh pimpinan Occupy Central turut berjumpa dengan Timbalan Presiden, Joe Biden baru-baru ini.

Cardinal Zen

Joseph Zen, Catholic Church Cardinal Bishop Emeritus Hong Kong, kurang menonjol di media massa namun turut dikenalpasti sebagai salah seorang penganjur Occupy Central. Menurut Hong Kong Morning Post, Cardinal Zen memainkan peranan penting dalam protes yang ditaja Amerika menentang pihak berkuasa Beijing. Beliau juga merupakan penasihat Vatican utama untuk polisi China. Adakah Pope menggunakan Hong Kong sebagai batu lonjakan untuk menggulingkan dan mengambil alih China?

Timbalan Presiden, Joe Biden (yang terlibat dalam peperangan yang membunuh beribu-ribu rakyat Ukraine), Cardinal Zen, Paderi Chu, Joshua Wong, Benny Tai, NED, NDI dan aset Jabatan Negara Amerika serta badan-badan NGO yang terlalu banyak untuk disebut di sini,telah mencetuskan Umbrella Revolution. Masa mereka bertindak iaitu dua tahun sebelum pilihan raya Hong Kong 2017 berlangsung menunjukkan kegelisahan sebahagian individu di Washington dan kawasan lain di Barat.

Ruang ekonomi Eurasian China dengan kerjasama Rusia Putin yang semakin berkembang dan peranan kedua-duanya dalam membentuk saingan yang aman dan berkesan terhadap New World (dis-)Order Washington, melalui organisasi seperti Shanghai Cooperation Organization dan BRICS, adalah sasaran utama mereka.

Sumber: NEO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Mencabul Undang-undang Kebangsaan dan Parlimen Antarabangsa EU

Next Post

Amerika Syarikat bersedia melancarkan perang terhadap China dan Rusia

Related Posts
Skip to content