Usaha Memperkasakan Pendidikan TVET untuk Kelangsungan Projek BRI China, 30 CEO Institusi TVET Swasta Dihantar ke China

Seramai 30 orang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) swasta yang bernaung di bawah Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FEMAC) mengadakan lawatan enam hari ke Chengdu, China, bermula 13 hingga 19 Mei ini. Lawatan berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir), dengan kerjasama TANG International Education Group (China) bagi menyahut dan menyokong usaha kerajaan menubuhkan Malaysia-China Institute (MCI). (Astro Awani)

Malaysia-China Institute (MCI) menawarkan sebanyak 2,000 kuota latihan sepanjang tahun. Menurut Zahid Hamidi, China menawarkan biasiswa tambahan untuk 1,000 pelajar Malaysia menjalani latihan kemahiran untuk tempoh antara tiga bulan hingga satu tahun. Tawaran biasiswa itu dilaksanakan melalui kerjasama dengan MCI sebagai sebahagian daripada Inisiatif Belt and Road yang diilhamkan oleh kerajaan China. Seramai 650 pelajar TVET GiatMARA Bagan Datuk dikatakan telah dihantar ke China, 500 pelajar lagi yang akan diambil adalah dari Sabah. (Berita Harian, Berita Harian,The Star)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sarawak Peroleh Autonomi Dalam Industri Pengagihan Gas, Bagi Menampung Projek Pelan Hala Tuju Gas Sarawak Dan Tingkatkan Bekalan Gas Dalam Sarawak

Next Post

UEM Sunrise, ITRAMAS Dan China Machinery Bangunkan Taman Tenaga Boleh Diperbaharui di Johor,  Bakal Penuhi Rantaian Nilai dengan Syarikat Pembekal dan Pengeluar China

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Fokus adalah komuniti penulisan bebas dan tidak bermatlamatkan keuntungan.
Oleh itu, kami membuka ruang untuk individu-individu yang berminat menyumbang terutamanya bagi membantu kami dari sudut operasi.

Skip to content