Varian Delta kini mula mengambil alih kes jangkitan di Malaysia. Satu mimpi ngeri yang kini menjadi kenyataan.
Jangan dipandang enteng varian dari jenis ini. Varian Delta yang mula ditemui di India ini memiliki beberapa karakter yang cukup merisaukan.
- Varian paling ‘fit’ setakat ini.
- maksud ‘fit’ ialah mampu menjangkiti dengan begitu mudah dah cepat sekali. 50% lebih mudah berjangkit berbanding varian alpha (B1.1.7). Varian alpha (ingat kes jangkitan di Kluster Napoh?) pun sudah memiliki 50% lebih mudah berjangkit berbanding dari varian asal.
Pendek kata, varian Delta ialah varian paling ‘contagious’ yang diketahui setakat ini.
- Maka, ini bererti ianya juga, varian ini lebih cepat mencari mangsa yang ‘vulnarable’.
- Varian yang mula menjadi dominan di seluruh dunia termasuklah di US dan UK pada masa ini.
- Setakat ini, vaksin daripada Astrazeneca (60%) dan Pfizer (88%) masih memiliki kadar keberkesanan yang masih memberansangkan walaupun lebih rendah berbanding varian asal.
Tiada jalan mudah, melainkan proses vaksinasi perlu dilakukan dengan kadar segera. Kita tiada pilihan sebab lambat laun, varian yang paling ‘fit’ tetap akan mendominasi juga (teori surivive of the fittest), yang tak ‘fit’ akan dicantas.
Kemampuan untuk berjangkit dengan mudah oleh varian delta ini memperjelas kepada kita bagaimana faktor transmisi melalui udara kini bukan satu mitos ataupun sangkaan belaka. Jika tidak mana mungkin PPV pun kini mampu menjadi kluster jangkitan walaupun SOP ketat diketengahkan.
SOP yang sedia ada juga sepatutnya dinaik taraf mengikut tahap kefahaman kita akan kemampuan ‘musuh’ ini. SOP yang lama banyak masih berasaskan transmisi melalui cecair halus (small droplet) tetapi bukan berasaskan kefahaman transmisi melalui udara.
Contohnya, penjarakan 1 meter, bagi saya, tidak lagi begitu relevan (ie mungkin perlu jarak lebih jauh) tetapi faktor pengudaraan sesuatu lokasi bangunan sepatutnya perlu lebih dititikberatkan. Pemakaian mask N95 (jika ada dan mampu) atau sekangkataannya yang lebih murah (KN95 atau KF94) perlu mula dipraktiskan. Pemakaian dua lapis mask juga perlu dititikberatkan secara serius.
Angka Sebenar Jauh Dari Data Sedia Ada
Mungkin ada yang memberi alasan/hujah kononnya angka kes jangkitan COVID-19 naik sebab saringan bersasar dan dipertingkatkan di sektor perkilangan dan sebagainya. Kalau saringan bersasar tidak dilakukan mungkin angka akan menjadi lebih rendah.
Komen saya mudah sahaja:
Bukan isu saringan bersasar atau tidak, tapi isu sebenarnya ialah kes jangkitan sebenar jauh daripada apa yang kita nampak (data yang ada).
Angka (data) mungkin akan rendah jika jumlah saringan bersasar tidak dilakukan secara besar-besaran, tapi realitinya kita akan ‘underestimate’ jumlah jangkitan sebenar.
Persoalan isu lagi penting, bilakah MITI ini akan sedar dan disedarkan?
Adakah MITI ini akan sedar setelah munculnya varian baru ‘keluaran Malaysia’?
Semakin aktif kitaran jangkitan berlaku secara berleluasa, ketahuilah – semakin tinggi kita menggalakkan proses mutasi berlaku pada virus pembawa COVID-19, seterusnya merancakkan kemunculan varian baru.
Amin Rukaini Mustafa
University of Cambridge, UK (Ph.D in Biotechnology)
Kenapa tidak gunapakai ivermectin dari awal?..vaksinasi bukan penyelesaian asyik keep on varian2 ni.