‘Wabak’ Islamofobia di Eropah

Di Barat, realiti hasutan dan kebencian terhadap Islam dan umat Islam dilihat semakin memuncak khususnya di dunia Eropah. Dipercayai kejadian meningkat dengan ketara berikutan serangan pengganas berprofil tinggi di seluruh dunia, dan khususnya selepas insiden pembunuhan beramai-ramai ‘Charlie Hebdo’ di Paris. Berikut merupakan antara senario kebencian di Eropah;

1. Di Perancis

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan telah menimbulkan amaran atas peningkatan dalam serangan Islamophobic di Perancis enam bulan selepas tembakan Januari Charlie Hebdo
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan telah menimbulkan amaran atas peningkatan dalam serangan Islamophobic di Perancis enam bulan selepas tembakan Januari Charlie Hebdo

Selepas serangan maut Charlie Hebdo di Perancis pada Januari lepas, Islamofobia dipercayai telah meningkat berkali ganda di Perancis walaupun terdapat lebih 5 juta umat Islam di sana. Tindakan berunsur Islamofobia di Perancis telah meningkat sebanyak 23.5 peratus dalam tempoh enam bulan pertama 2015 berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas, kata sebuah pertubuhan NGO Perancis merujuk pada laporan bertajuk “Islamophobia in France six months after the January 2015 terrorist attacks”.

Memetik kenyataan dari laporan tersebut,

“Attacks against mosques, death threats against veiled women, school kids humiliated by their teachers, female students prohibited from wearing long skirts, of Muslim children, propagation of hate speeches and even declarations of war on Muslims whom are portrayed as a fifth column… the consequences have been and still are dire for Muslims…”

Selain itu, serangan fizikal meningkat sebanyak 500 peratus dan serangan verbal atau makian sebanyak 100 peratus pada bulan-bulan awal 2015, kata laporan itu, sambil menambah bahawa wanita adalah antara mangsa pertama Islamopfobia.

Laporan itu menyebut lagi,

“Discrimination and violence against adults are now joined by the humiliations inflicted on numerous Muslim children that have been blamed for the terrorist attacks.”

Walaupun terdapat beberapa mangsa telah tampil membuat aduan, namun berikutan sikap pihak berkuasa yang enggan menerima aduan memburukkan lagi keadaan islamofobia di negara tersebut., Malah jika aduan diterima, hukuman yang bakal diberi dipercayai tidak adil bagi mangsa.

Laporan itu juga merujuk kepada dialog baru-baru ini antara Kementerian Dalam Negeri Perancis wakil Islam dan, mencatatkan bahawa kementerian telah ‘menggesa pegawai polis menerima aduan daripada mangsa Islamofobia’.

2. Di United Kingdom

 

Umat Islam Britain berhadapan 'retaliatory abuse’ yang semakin meningkat
Umat Islam Britain berhadapan ‘retaliatory abuse’ yang semakin meningkat

Terdapat peningkatan dalam serangan anti-Islam di Britain berikutan tindakan ekstrimisme seperti ISIS di seluruh dunia, menurut laporan terbaru sebuah badan pemantau di London.

Menurut laporan bersama oleh Tell MAMA and Teesside University, insiden anti-Islam dilaporkan dalam tempoh 2014 dan 2015 jatuh sebanyak 186 berbanding dengan tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, jenayah kebencian terhadap umat Islam ternyata meningkat berikutan serangan pengganas di Paris, Sydney, dan Copenhagen pada tahun lalu.

Bekas menteri kerajaan, Shahid Malik berkata bahawa terlalu banyak cerita yang merepek di media sehinggakan timbulkan pelbagai persepsi dan pandangan buruk terhadap Islam. Tambahan,  beliau menggesa suatu usaha perlu dilakukan bagi memadamkan api kebencian ini supaya orang Islam yang tiada kaitan langsung dengan puak pengganas itu tidak terkena kesannya.

Sebanyak 548 insiden anti-Islam dilaporkan kepada Tell Mama antara Mac 2014 dan Februari 2015, yang terdiri daripada ancaman melalui online sehinggalah ke tahap menyerang di jalanan dan keganasan yang melampau.

Kajian terkini juga mendapati kanak-kanak seawal usia 10 telah melakukan jenayah kebencian, walaupun dalang utama di sebalik insiden tersebut telah dikenal pasti dari sekumpulan individu yang berusia lingkungan 40 tahun.

Sebanyak 402 kes ancaman online telah dilaporkan kepada pihak polis; manakala, kejadian di luar talian,  majoriti insiden berlaku ke atas wanita khususnya wanita bertudung.

3. Di Denmark

Geert Wilders
Geert Wilders

 Seorang ahli politik anti-Islam Belanda, bertanggungjawab menyiarkan sebuah filem baru kartun kontroversi Nabi Muhammad di media televisyen di Belanda yang telah menambahkan lagi api marak Islamofobia di Barat.

Dalam video hampir tiga minit yang disiarkan pada 24 Jun lepas, Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders mempertahankan tindakan keji beliau sebagai hak kebebasan bersuara.

“Islam dan pengganas tidak mahu kami mendedahkan kartun ini,” kata Wilder di awal video. “Tetapi tindakan melampau dan ganas tidak sesekali dibenarkan untuk mengatasi kebebasan bersuara. Itulah sebabnya kita perlu melakukan apa pengganas cuba untuk menghalang kami daripada melakukan,” katanya.

Filem ini telah ditayangkan di Dutch National TV dalam program aturcara yang dikhaskan untuk parti-parti politik di Belanda.

Empat hari sebelum itu, Geert telah memuat naik video yang sama di YouTube yang menunjukkan sembilan karikatur Nabi Muhammad. Semua itu adalah lukisan yang sama yang ditunjukkan pada sidang di bandar Amerika Syarikat Texas awal tahun ini.

Dijangka Wilders akan menyiarkan video yang sama di televisyen negara itu sekurang-kurangnya sekali lagi dalam bulan Julai. Pada bulan Mei, ahli politik Belanda telah menghantar surat kepada Parlimen Belanda meminta pameran kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad ditunjukkan dalam parlimen Belanda namun permintaan itu ditolak.

 

 Farris Hanafi

Sumber : World Bulletin [1][2], Anadolu Agency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Yahudi Zionis Pemilik Amerika Syarikat

Next Post

1 Daripada 4 Gadis Diseksa Secara Seksual di Amerika Syarikat

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content