1 Daripada 4 Gadis Diseksa Secara Seksual di Amerika Syarikat

attack-domestic-abuse-assault-abduction-kidnapping-rape-crime-web-generic
Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Human Rights Projects for Girls and Georgetown Law Center on Poverty and Inequality, 1 dalam setiap 4 orang gadis di Amerika Syarikat akan mengalami keganasan seksual sebelum mencecah umur 18 tahun dan ramai perempuan remaja ini akan berhenti sekolah, lari dari rumah dan masuk penjara.

Berdasarkan laporan tersebut, seramai 80% banduan wanita remaja dalam tahanan penjara juvana Amerika Syarikat pernah mengalami penderaan seksual atau fizikal.

Menurut kajian ini, di Oregon sahaja, 93% gadis yang dipenjarakan pernah mengalami penderaan seksual dan fizikal dan 76% pernah didera secara seksual seawal umur 13 tahun. Di California pula, 81% remaja perempuan yang berada dalam penjara pernah didera 40% pernah dirogol atau diliwat dan 45% pernah dibakar atau dipukul.
Pengarah Eksekutif di The Human Rights Project for Girls, Malika Saada, berkata, “Bilangan gadis yang masuk penjara juvana semakin meningkat, dan hal ini bukanlah kerana mereka terlibat dengan gansterisme. Sebab utama adalah kerana mereka didera secara seksual.”

Beliau tambah lagi, “Remaja perempuan kita sedang menderita, dan kajian ini telah menunjukkan bagaimana keganasan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka dan ia dibalas dengan aktiviti jenayah.”
Kajian ini membuktikan penderaan seksual adalah sebab utama remaja perempuan bermula terlibat dengan jenayah dan memasuki penjara juvana. Namun, sistem keadilan dan pemulihan Amerika Syarikat tidak mampu untuk mengesan mahupun merawat masalah ini.

Undang-undang di kebanyakan negeri Amerika Syarikat memberikan autoriti kepada pihak polis untuk memberkas gadis semuda 13 tahun atas tuduhan pelacuran, meskipun mereka sebenarnya mangsa pemerdagangan seks.

Gadis daripada kumpulan etnik minoriti di Amerika Syarikat lebih cenderung untuk dikenakan hukuman penjara berbanding yang berkulit putih. Bilangan gadis berkulit hitam (Afro-Amercan) di Amerika Syarikat hanyalah 14%, namun mereka terdiri daripada 33% gadis yang ditahan dalam penjara juvana.

Menurut sebuah laporan terbitan Jabatan Kehakiman AS, gadis-gadis yang dimasukkan ke dalam sistem keadilan juvana adalah daripada golongan miskin yang beretnik Afro-American, Latin atau Orang Asli Amerika dan 31% daripada mereka pernah didera secara seksual.

 

Amirul Asyraf

Sumber: PressTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Wabak’ Islamofobia di Eropah

Next Post

3 Perkembangan Terbaru Palestin

Related Posts
Skip to content