Bantu Anak Muda Kita Bina Negara

“Tinggalkanlah ilmu yang bermanfaat untuk bekalan hari selepas mati kita”

Mungkin sumbangan anda dapat membantu mereka mengubah negara Malaysia tercinta kearah yang lebih baik.

Semoga amal kita menjadi asbab kita ditempatkan di syurga.

Kami dari IRIS Institute telah menjalankan satu inisiatif sempena bulan Ramadhan ini, iaitu Wakaf Ramadhan Buku IRIS Institute.

Apakah Wakaf Buku IRIS Institute?

Buku-buku IRIS Institute diterbitkan atas dasar ingin memberi kesedaran kepada semua pihak terhadap konflik & masalah yang sedang melanda umat Islam. Kajian IRIS menyediakan satu kefahaman baru agar umat Islam tidak terjerat dalam ancaman yang menjerut negara-negara Islam.

Kita sentiasa bercita-cita masyarakat dapat membuat penilaian yang matang bermula dari usia yang muda apalagi apabila usul undi 18 tahun telah dibawa ke parlimen negara.

Dalam projek ini kami menyediakan 5 pakej khas khusus untuk projek wakaf buku ini.

5 Pakej tersebut adalah,

Pakej Ikhlas: Jumlah seikhlas hati
Pakej Tun Sri Lanang: RM100
Pakej Raja Ali Haji: RM300
Pakej Hamzah Fansuri: RM500
Pakej Abdullah Munsyi: RM1,000

Melalui pakej-pakej tersebut buku-buku wakaf keluaran IRIS Institute akan dibekalkan ke perpustakaan-perpustakaan di sekolah, kolej dan universiti yang terpilih.

Program wakaf buku Ramadhan ini bermula pada 3 April 2022 hingga 2 Mei 2022.

Marilah bersama-sama kami untuk menjayakan program wakaf buku IRIS Institute sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Moga generasi muda kini dapat akses kepada buku keluaran IRIS yang bermanfaat dalam menambah pengetahuan mereka.

*IRIS Institute adalah sebuah pusat kajian bebas yang tidak berasaskan keuntungan. Ditubuhkan pada tahun 2015, buku IRIS telah memenangi anugerah buku negara 2019 untuk dua buah buku terbitannya iaitu Buku Penchinaan Malaysia dan Buku Identiti dan Ekonomi Politik Alam Melayu. IRIS berdaftar dengan SSM dengan no pendaftaran 1287037-D.

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content