Profesional China mewakili jumlah terbesar ekspatriat di Malaysia dengan kebanyakan mereka memenuhi permintaan pekerjaan berkemahiran tinggi dalam projek China di Malaysia.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata “sehingga 31 Oktober, kita ada 120,183 pegawai ekspatriat dan saya petik lima negara tertinggi, ini semua kategori bidang perkhidmatan bidang IT dan lain-lain. – Buletin TV3
Tambah beliau, negara China adalah yang tertinggi dengan bilangan 27,460, India (23,131), Filipina (9,302), Jepun (8,739), Indonesia (8,333) dan jumlah lima negara ini bersamaan 64 peratus manakala lain-lain negara adalah 36 peratus daripada 120,183,” – Buletin TV3
Berdasarkan artikel terbitan IJISTRA, syarikat China di Malaysia lebih gemar memilih profesional daripada China untuk mengisi jawatan berkemahiran tinggi, manakala warga tempatan hanya ditempatkan di posisi sokongan dan buruh. – Ijistra
Sementara itu, kajian ISEAS pada 2022 menganggarkan bilangan pendatang China baru di Malaysia adalah sekurang-kurangnya 82,000, di mana bahagian terbesar terdiri daripada pelajar (35%), diikuti oleh pemohon MM2H dan tanggungan mereka (18%), serta ekspatriat atau pekerja (12%). – Think China
Sebelum ini, Fokus melaporkan industri dalam negara lebih utamakan profesional asing berbanding tempatan berdasarkan trend penghijrahan bakat tempatan ke luar negara serta peningkatan kemasukan profesional asing di Malaysia. – Fokus
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab