Pertemuan Xi-Obama- Penyelesaian kepada Konflik LCS dan Kejatuhan Ringgit?

uschinaflags1

Presiden China, Xi Jinping kini sedang dalam lawatan rasminya ke Amerika Syarikat. Sudah pasti untuk mengendalikan hubungan AS-China dalam era kebangkitan China menjadikan ianya suatu tugas yang sukar. Berbeza dengan lawatan  Perdana Menteri Deng Xiaoping pada 1979, lawatan Xi kali ini menandakan sebuah fasa baru dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara tersebut.

  1. Perubahan dinamik hubungan AS-China.

Pola perubahan politik China sering dikaitkan dengan kuasanya yang semakin berkembang. Kedua-dua negara sedang berhadapan ketidakpastian bagaimana untuk mengarahkan semula hala tuju hubungan antara mereka. China yang akhir-akhir ini lebih banyak bekerjasama dengan Rusia menunjukkan mereka berkongsi kepentingan keselamatan yang lebih berbanding  dalam hubungan AS-China.

  1. Pendekatan China terhadap isu ekonomi

China kemungkinan sudah bersedia mengubah pendekatan mereka terhadap beberapa isu ekonomi. Pertemuan Xi dengan eksekutif bisnes di Seattle bakal memberikan tekanan terhadap Washington untuk berlembut dengan Beijing. Tambahan, perselisihan yang berterusan berkenaan kadar tukaran serta impian China untuk meluaskan pengaruhnya ke dalam sistem ekonomi dan kewangan serantau dirasakan AS sebagai cabaran terhadap dominasi mereka di rantau Asia.

  1. Kepentingan bersama

Kedua-dua kuasa ini walaubagaimanapun mempunyai banyak kepentingan bersama, terutama dalam sektor perdagangan, tadbir urus global, seperti perubahan iklim, keganasan dan kawalan senjata nuklear. Dan inilah yang menjadi asas kukuh dalam penerusan hubungan AS-China.

  1. Perbalahan yang tiada penyelesaian

Walaupun, dengan kerjasama yang begitu rapat ianya masih tidak dapat menyelesaikan pertikaian antara mereka yang semakin teruk seperti ketegangan di Laut China Selatan, isu serangan siber dan perebutan  penguasaan pasaran ekonomi dan kewangan.

China sebagai kuasa yang semakin berkembang  pasti mempertahankan kepentingan utama mereka, walaupun dahulu mereka sanggup menggadaikan kepentingan demi memelihara hubungan AS-China. Kini corak tradisional China itu semakin mustahil.

Mungkin jika China membuat konsesi bersama AS mampu meredakan ketegangan dalam hubungan AS-China buat jangka masa pendek, namun dalam jangka masa panjang adalah tidak realistik untuk mengharapkan kuasa yang sedang meningkat naik (China) untuk mengekalkan dan membenarkan peranan yang lebih kepada kuasa sedia ada (AS) yang jarang bekerja menurut kehendak mereka. Sebagai penyelesaian:

  1. China dan Amerika Syarikat tidak mempunyai pilihan selain mengadakan perjanjian baru bagaimana untuk melindungi kepentingan masing-masing, seterusnya memerlukan kepada kawalan krisis dan kerjasama daripada kedua-dua pihak untuk pemberian semula kuasa dan hak secara aman.

 

  1. Kedua-dua pemimpin perlu sedar bahawa model baru perlu dibina atas keseimbangan kuasa yang baru dan persetujuan bersama, bukan konsesi satu hala oleh sebelah pihak.

 

  1. Sehingga kata sepakat dan keseimbangan baru dicapai, kedua-dua kuasa mesti menguruskan pertikaian mereka dengan baik disamping mencari ruang kerjasama dalam apa jua cara yang boleh.

 

Akhir sekali, tiada harapan tinggi boleh diberikan dalam lawatan Xi kali ini. Berbeza ketika lawatan Deng ke AS pada tahun 1979, faktor permusuhan yang kurang, menggalakkan lagi hubungan dua hala ini ke arah yang jelas. Walaubagaimanapun, sekiranya penyelesaian berjaya dicapai ia pasti mengandungi makna bersejarah, baik bagi hubungan AS-China mahupun buat dunia yang sedang huru-hara.

 

Huzaifah Ibrahim

Penganalisis IRIS

 

Sumber:

  1. http://thediplomat.com/2015/09/what-to-read-on-xi-jinpings-us-visit/
  2. http://thediplomat.com/2015/09/the-significance-of-xi-jinpings-u-s-visit/
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Why Nations Fail’- Perspektif Al-Kahfi

Next Post

6 Negara Termasuk Malaysia Menolak Cadangan AS Berkenaan Paten Ubat dalam TPPA

Related Posts
Skip to content