6 Negara Termasuk Malaysia Menolak Cadangan AS Berkenaan Paten Ubat dalam TPPA

Sumber:http://www.doctorswithoutborders.org/help-us-fix-tpp
Sumber:http://www.doctorswithoutborders.org

ATLANTA (Reuters) – 6 negara pasifik yang terlibat dalam perdagangan Trans-Pacific Partnership (TPP) telah menolak desakan dari Amerika Syarikat (AS) dalam menetapkan undang-undang mempaten ubat iaitu bagi tempoh 8 tahun akan dikurangkan menjadi 5 tahun untuk generasi akan datang.

Menteri-menteri dari 12 buah negara yang terlibat dalam perundingan TPP masih berada dalam kebuntuan bagi isu ubat-ubatan ini, meskipun sudah masuk hari ketiga pertemuan diadakan di Atlanta . Ini adalah kerana, ubat-ubatan bagi generasi akan datang diperbuat daripada sel hidup dan akan diguna pakai bagi merawat penyakit kanser dan lain-lain.

Jurucakap bagi wakil perdagangan AS berkata, AS masih belum menyediakan cadangan rasmi bagi tujuan mempaten ubat biologik ini tetapi, rakan sekerja TPP “masih meneruskan kerja mereka dalam mencari jalan penyelesaian yang membawa kepada persetujuan semua.” Jangka masa monopoli bagi ubat-ubatan merupakan isu sensitif politik bagi sesebuah negara di mana, negara tersebut akan terpaksa menghadapi peningkatan terhadap kos rawatan sekiranya alternatif yang lebih murah memonopoli pasaran luar dalam jangka masa yang lama.

Syarikat farmaseutikal pula berpendapat bahawa peningkatan sekuriti bagi harta intelek mereka akan menggalakkan lagi pelaburan pada masa akan datang. Peru, Chile, Malaysia, New Zealand, Australia dan Brunei adalah negara-negara yang masih meneruskan jangka masa perlindungan 5 tahun mereka bagi penggunaan ubat-ubatan biologik, berkata sumber dari hasil rundingan tersebut.

AS, yang pada asalnya telah meningkatkan jangka masa tersebut sehingga 12 tahun. Negara-negara pasifik termasuk Australia dan Jepun mencadangkan supaya mereka lebih bersikap bertolak ansur terhadap perkara yang munasabah. Mexico pula bersikap lebih fleksibel terhadap rundingan ini bergantung kepada kesamarataan sesebuah rundingan, berkata sumber.

Pegawai rasmi AS pula menolak dalam memberikan maklumat terperinci berkaitan perbincangan farmaseutikal yang telah dijalankan, 1 daripada 3 isu utama yang masih berbaki dalam menyelesaikan rundingan TPP ini, di mana akan melancarkan perdagangan ini iaitu sebanyak 40 peratus ekonomi dunia.

“Rakan kongsi TPP komited dalam mencari penyelesaian bagi memastikan ubat-ubatan akan lebih mudah diperoleh namun, dalam masa yang sama mencari jalan dalam mencipta kaedah rawatan dan penawar yang baru,” berkata jurucakap bagi USTR.

 

Terjemahan oleh: Khadijah Hanim

Sumber: Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pertemuan Xi-Obama- Penyelesaian kepada Konflik LCS dan Kejatuhan Ringgit?

Next Post

Terbaru tentang TPPA: “Auto Trade” Hampir Selesai

Related Posts
Skip to content