Kredibiliti Najib Razak Untuk Memimpin ASEAN Diragui

namader

Di kala Asia Tenggara sangat memerlukan kepimpinan serantau, perpecahan dalam kalangan parti-parti politik di Malaysia sangatlah teruk sehingga ada yang merasakan Malaysia sudah tiba di puncak ketidakstabilan politik yang boleh memporakperandakan negara.

Meskipun Malaysia bukanlah benteng ideologi demokrasi, negara ini adalah antara negara yang stabil di Asia Tenggara. Thailand masih lagi di dalam fasa pasca rampasan kuasa manakala Presiden Indonesia pula masih bergelut dengan realiti memerintah elit lama Jakarta.

Hal yang demikian memperlihatkan Perdana Menteri Malaysia sebagai pilihan terbaik di Asia Tenggara. Walaupun tidak mampu memberi inspirasi, Najib Razak mungkin boleh menjadi tampuk rujukan dalam Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) apabila krisis pelarian Rohingya Muslim telah mendedahkan negara-negara Asia Tenggara sebenarnya berpecah belah dan terlalu mementingkan diri.

Najib Razak telah mensia-siakan peluangnya untuk memipin serantau ASEAN apabila beliau gagal melahirkan rasa tanggungjawab dalam kalangan negara ahli ASEAN bagi menyelesaikan isu-isu trans-nasional. Beliau lebih sibuk mencuba nasibnya untuk mendapatkan semula sokongan di Kuala Lumpur setelah UMNO dan BN mencatatkan rekod undian tercorot dalam tempoh 60 tahun.

Najib Razak turut menimbulkan kemarahan beberapa pertubuhan hak asasi manusia apabila meneruskan pendakwaan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas tuduhan liwat kali keduanya. Puak liberal cuba menggambarkan seolah-olah semangat demokrasi di Malaysia semakin merudum apabila Anwar Ibrahim dipenjarakan. Hal ini disambut pula dengan pembubaran Pakatan Rakyat akibat perselisihan dalaman yang membiarkan BN kekal dan tidak dicabar.

Pembubaran Pakatan Rakyat hanya menguatkan lagi perbalahan dalaman parti tersebut dan kritikan daripada UMNO. Namun, Najib Razak tetap menghadapi persoalan yang kian serius tetang kekayaan beliau – dan isterinya. Rosmah Mansor pernah dilihat memiliki beg tangan Hermès yang bernilai lebih 100,000 USD.

Hal yang demikian merupakan perkembagan yang negatif. Namun, krisis baru-baru ini hanya memburukkan lagi keadaan. Najib Razak kian hilang pengaruh dan bukan lagi figura autokrat yang paling berkuasa di Malaysia. Takhta itu kekal milik Tun Mahathir yang umurnya sudah mencecah 90 tahun. Dengan pengalaman sebanyak 22 tahun, beliau telah menjadi rujukan agung masyarakat.

Dalam sebuah temu ramah New York Times, Tun Mahathir telah mengkritik dan membongkar segala korupsi dan transaksi haram 1MDB.

“Saya sentiasa menyokong Najib. Saya telah memainkan peranan penting dalam membantu dia (Najib) menjadi Perdana Menteri, ” kata Tun Mahathir. “(Tetapi) kehilangan jumlah wang yang besar adalah sangat ketara. Ini tidak bagus. Dia tidak pernah mampu menjelaskan bagaimana wang itu dibelanjakan. Dia cuma mahu meninggalkan legasinya yang tersendiri. Tetapi, apa yang dia lakukan sudah di ambang jenayah. Dia bakal kalah dalam pilihan raya akan datang.”

Tun Mahathir memberitahu bahawa perpecahan BN hanya bermakna tidak akan ada pemenang yang muktamad pada PRU14. Segalanya bakal menjadi tidak stabil sehingga boleh membantutkan perkembangan ekonomi di Malaysia. Hal ini diburukkan lagi dengan kenaikan harga minyak negara, meskipun Malaysia merupakan antara negara pengeluar minyak di rantau Asia Tenggara.

Perpecahan parti-parti politik di Malaysia mengeruhkan lagi status perkauman di negara ini yang kian ketara sejak akhir-akhir ini. Hal ini akhirnya akan menyebabkan manfaat diperoleh golongan tertentu sahaja ditambah pula penggubalan dasar-dasar yang penuh diskriminasi.

“Malaysia merupakan sebuah negara Asia Tenggara yang mempunyai latar belakang yang cemerlang dari perspektif pembangunan. Krisis kali ini mempunyai impak yang sangat besar yang dilihat mampu memusnahkan usaha membangunkan Malaysia sejak dua dekad yang lalu.” – Kai Ostwald, University of British Columbia’s, Institute of Asian Research.

Sumber : TheGlobeandMail

Wan Asyraf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Turki: China Kejam Terhadap Muslim Uighur

Next Post

Rundingan Akhir TPPA Bermula Akhir Julai Ini?

Related Posts
Skip to content