YTL Ambil Alih Ekuiti Bumiputera dalam Ranhill, Perkukuh Kedudukannya dalam Sektor Air & Elektrik di Johor dan Sabah

Pegangan saham utama milik bumiputera di dalam Ranhill Utilities Bhd kini diambil alih sepenuhnya oleh Subsidiari YTL Power International Bhd, SIPP Power Sdn. Bhd. Pembelian ini akan memperkukuhkan kedudukan YTL dalam sektor air dan elektrik di Johor dan Sabah.

Perjanjian ini juga memberi YTL Power akses kepada pasaran elektrik Sabah di mana Ranhill Utilities mengawal bahagian pengeluar tenaga bebas (IPP) terbesar, yang akan diperkukuh lagi dengan turbin gas gabungan 100 megawatt (MW) baru yang dijangka beroperasi pada tahun 2026. Selain itu, Ranhill Utilities telah membuat kemajuan dalam tenaga boleh diperbaharui dengan pengoperasian loji solar berskala besar (LSS4) pada Februari 2024 (The Malaysian Reserve).

Pada 28 Mei yang lalu, Subsidiari YTL Power International Bhd., SIPP Power Sdn. Bhd. membeli 405.18 juta saham atau 31.42 peratus kepentingan dalam Ranhill Utilities Bhd. pada RM405.18 juta atau 99.5 sen sesaham milik pemegang saham utamanya, Tan Sri Hamdan Mohamad.

MIDF Research berkata, pegangan SIPP Power dalam Ranhill akan meningkat daripada 2.9 peratus kepada 34.3 peratus, manakala pegangan YTLP dalam Ranhill akhirnya akan meningkat daripada 21.8 peratus kepada 53.2 peratus.

“Pemerolehan oleh SIPP Power akan mencetuskan Tawaran Pengambilalihan Mandatori (MTO) untuk baki saham dalam Ranhill pada harga tawaran tunai yang sama iaitu 0.995 sen sesaham (Utusan).

YTL Power baru-baru ini mendapat perhatian kerana penglibatannya dalam projek pusat data canggih yang berkaitan dengan gelombang kecerdasan buatan (AI).

Ranhill Utilities akan memberi YTL Power akses kepada operasi air eksklusif di Johor, membolehkannya memanfaatkan prospek dari Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dan permintaan berpotensi dari hab pusat data Johor. Kepakaran sinergistik dalam operasi air juga dapat meningkatkan kecekapan perniagaan air Johor Ranhill Utilities.

Pengambilalihan saham Ranhill Utilities oleh YTL Power akan memperkukuh kedudukannya dalam sektor air dan elektrik di Johor dan Sabah, serta memberi manfaat kepada pusat data.

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perkembangan Ketara teknologi dan taktik serangan bridged Al-Qassam

Next Post

Trend penjualan tanah kepada pusat data asing meningkat di johor, syarikat hartanah cina antara yang peroleh keuntungan besar

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content