Perkembangan Ketara teknologi dan taktik serangan bridged Al-Qassam

17 Mei 2021 – Briged Al-Qassam telah melancarkan pertempuran roket “Sword of Jerusalem”, manakala Israel bertindak balas dengan pemintas “Iron Dome” dalam operasi “Guardians of the Wall” mereka.

Pada mulanya situasi ini kelihatan seperti konflik Israel-Gaza yang berlaku pada tahun 2014 yang mempamerkan kekuatan sistem pertahanan Israel. Tetapi Briged Al-Qassam nampaknya telah meningkatkan teknologi dan taktik serangan roket mereka. Perkembangan ini sama seperti pertempuran yang berlaku pada tahun 2008, apabila Israel lebih terdedah kepada roket dan melancarkan serangan tentera selama tiga minggu terhadap Gaza.

Kredit: X

Menurut Israel Defence Forces (IDF), kira-kira 3,100 roket telah ditembak dari Gaza. Jumlah ini bersamaan dengan jumlah roket yang dilepaskan semasa pertempuran yang telah berlangsung selama tujuh minggu pada tahun 2014. Laporan berita Israel melaporkan bahawa serangan roket dari Gaza ini telah menyebabkan 10 kematian orang awam dan lebih daripada 564 kecederaan, manakala tindakan balas Israel telah membunuh hampir 200 rakyat Palestin dan mengakibatkan pembunuhan beramai-ramai serta kemusnahan besar-besaran.

Perkembangan teknologi dan taktik serangan roket daripada Palestin

Perubahan yang paling ketara pada tahun 2021 adalah jumlah roket yang lebih besar. Briged Al-Qassam telah menembak 470 roket dalam tempoh 24 jam pertama dan melepaskan purata 408 roket setiap hari. Angka-angka tersebut dengan mudah mengatasi jumlah maksimum sehari iaitu 316 pada tahun 2012 dan 192 pada tahun 2014.

Tembakan roket mereka juga lebih diselaraskan. Daripada melancarkan banyak serangan kecil yang berlaku sepanjang hari, mereka telah melancarkan serangan yang lebih besar sehingga 137 roket dalam masa lima minit. Itu jauh lebih baik, walaupun masih jauh lebih perlahan daripada unit artileri tentera biasa. Ketepatan serangan roket mereka juga telah bertambah baik. Kira-kira 50 peratus daripada roket yang jatuh di Israel telah mengancam kawasan yang didiami penduduk. Kadar ketepatan ini meningkat daripada 22 peratus pada 2012 dan 18 peratus pada 2014.

Saiz roket yang lebih besar serta mampu mencapai jarak yang jauh juga dapat diperhatikan dalam situasi perang sekarang. Sebagai perbandingan, dalam peperangan sebelum ini serangan roket daripada Briged Al-Qassam banyak mengesani bandar-bandar di selatan Israel. Namun kini, serangan mereka sudah mampu mengesani Tel Aviv yang terletak di tengah-tengah Israel dan pencapaian ini berlaku secara rutin.  Walau bagaimanapun, tahap kebergantungan kepada roket telah merosot dengan kira-kira 15 peratus roket telah gagal semasa proses pelancaran, berbanding di bawah 10 peratus semasa konflik sebelumnya.

Kredit: The Conversation

Sistem pertahanan Iron Dome milik Israel

Pemintas Iron Dome merupakan sistem pertahanan yang paling dikenali. Israel mendakwa sistem itu berjaya memintas 1,210 roket dalam satu minggu, atau 90 peratus daripada roket yang mereka hadapi. Jumlah itu hampir kepada jumlah yang mereka telah capai semasa peperangan tahun 2014. Dengan serangan roket yang lebih besar dan ketepatan yang lebih tinggi, lebih banyak roket akan mengena di setiap sasaran. Ini bermakna terdapat lebih banyak risiko pemintas Iron Dome akan melebihi kapasitinya dan gagal memintas serangan roket.

Malah, meskipun Iron Dome mampu memintas 80 peratus serangan roket, namun baki 20 peratus serangan masih menyebabkan kemusnahan yang besar jika dilihat dari segi peningkatan jumlah roket. Tembakan secara langsung ke atas Iron Dome juga mampu melumpuhkan sistem pemintasan itu, di samping kerosakan tanah akibat penggunaannya. Israel juga banyak menggunakan serangan udara sebagai satu lagi tindak balas mereka. Taktik ini mampu memusnahkan bekalan roket serta tempat penyimpanannya. Tetapi, serangan udara masih gagal mengurangkan kadar serangan balas daripada pihak Palestin, berbanding serangan daripada darat.  

Nota: Maklumat terkini mengenai GAZA 2023: The Storm of al-Aqsa – sebanyak 12,000 roket telah dilancarkan ke atas Israel dari Oktober sehingga Disember 2023.


Sumber:

  1. The Conversation. (17 Mei 2021). Gaza’s enhanced rocket technology challenges Israel’s defences.
  2. Diakonia International Humanitarian Law Centre. (12 Januari 2024). 2023-2024 Hostilities and escalating violence in the opt.
Previous Post

Sekatan AS terhadap Jatronics Tidak Beri Kesan Signifikan terhadap Industri Semikonduktor Negara- Ahli ekonomi

Next Post

YTL Ambil Alih Ekuiti Bumiputera dalam Ranhill, Perkukuh Kedudukannya dalam Sektor Air & Elektrik di Johor dan Sabah

Related Posts
Skip to content