153 pesawat PLA China dikesan beroperasi di sekitar Taiwan, jumlah tertinggi pernah direkod

Sebanyak 153 pesawat Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China dikesan beroperasi di sekitar Taiwan pada 14 dan 15 Oktober 2024, dengan 111 daripadanya memasuki zon identifikasi pertahanan udara (ADIZ) pulau tersebut. Jumlah ini mencatat rekod baharu bagi penerbangan pesawat PLA di kawasan itu dalam sehari, melebihi rekod sebelumnya sebanyak 103 pesawat pada 17 September 2023. (Kementerian Pertahanan Taiwan)

Operasi ini dilihat sebagai sebahagian daripada latihan tentera besar-besaran China yang dinamakan “Joint Sword-2024B”, yang menyasarkan untuk memberikan amaran terhadap apa-apa tindakan berbentuk pemisah oleh Taiwan. Selain pesawat, 14 kapal tentera laut China turut dikesan di perairan sekitar pulau tersebut (Deutsche Welle)

Sebagai tindak balas, tentera Taiwan telah menghantar jet pejuang dan memantau rapi pergerakan pasukan China. Latihan ini menambah ketegangan di antara China dan Taiwan, yang mana Beijing terus menganggap pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayahnya.

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lima Syarikat China Penuhi Taman Tenaga Boleh Baharu (TBB) Johor, Tingkatkan Pengaruh China dalam Industri TBB Negara

Next Post

RUU Mufti dibaca kali ke-3, terima tentangan kumpulan Liberal & Kristian

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content