Kerajaan Rancang Izinkan Syarikat China Buka Kilang Penapisan Nadir Bumi di Malaysia, Bakal Buka Peluang kepada China untuk Dominasi Sumber dan Industri Nadir Bumi Negara

Menurut laporan The Straits Times, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang akan mengadakan lawatan ke China pada hujung April ini bagi tujuan meyakinkan pihak berkuasa China untuk melabur dan membina kilang penapisan nadir bumi di Malaysia. Kilang penapisan ini dikatakan bertujuan untuk memproses nadir bumi tempatan. (The Straits Times, Asian News)

Pada ketika ini, sektor huluan nadir bumi negara bergantung kepada khidmat dan teknologi China. Sebagai contoh, projek rintis perlombongan nadir bumi negara di Perak mendapat khidmat China Rare Earth Corporation. Negeri Sembilan juga dilaporkan bakal membawa khidmat dari China untuk perlombongan nadir bumi di negeri itu. (MRCE, The Star)

Manakala, sektor hiliran negara pula dijangka mengharapkan pelaburan dan perkhidmatan China hasil daripada perancangan kilang penapisan ini. Meskipun Malaysia mempunyai loji pemprosesan yang dikendalikan oleh Lynas, loji itu memfokuskan kepada sumber mineral import, bukan sumber tempatan.

Melihat kepada perkembangan ini, China bukan sahaja memonopoli rantaian bekalan nadir bumi, malah juga memonopoli sumber nadir bumi negara. Hal ini kerana, pada tahun 2023, Malaysia merupakan sumber kedua terbesar nadir bumi yang diimport oleh China selepas Myanmar dengan nilai RM975 juta. Nilai ini tidak termasuk jumlah yang dibawa keluar secara haram ke China. Menurut Nik Nazmi, sejumlah 16,000 tan REE di eksport ke China melalui perlombongan haram di Pahang dan Perak sahaja. Tambahan pula, projek rintis REE di Kenering, Perak hanya menerima 12 peratus hasil daripada eksport REE ke China. (The Straits Times, Malay Mail, The Star)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

SKMM dengan Kerjasama Penyedia Paltform Media Sosial Turunkan 6,492 Konten Sejak Awal Tahun 2023, Tingkat Kawalan ke atas Konten dan Akaun Media Sosial

Next Post

Syarikat Bukan Bumiputera Terajui Industri Halal Di Malaysia, Kuasai 87 Peratus daripada Pengeluaran Bahan-Bahan Halal Dalam Negara

Related Posts
Skip to content