Malaysia Sokong Memorandum Pakatan untuk Masa Depan PBB, Risiko Terdedah kepada Tekanan Barat dan Campur Tangan PBB dalam Urusan Domestik Negara

Sokongan Malaysia terhadap memorandum Pakatan untuk Masa Depan (Pact for the Future) semasa Sidang Kemuncak Masa Depan (SOTF) anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 22 September lalu berisiko mendedahkan ia kepada tekanan kuasa Barat dan potensi campur tangan PBB dalam urusan domestik negara.

Sidang Kemuncak yang diadakan di New York itu menyaksikan negara ahli PBB berikrar untuk mempercepatkan pelaksanaan agenda-agenda yang digariskan pertubuhan itu termasuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan komitmen Perjanjian Paris berkenaan perubahan Iklim. – UN

Antara tema yang disentuh dalam memorandum Pakatan untuk Masa Depan adalah pembangunan mampan dan pembiayaan untuk pembangunan; keamanan dan keselamatan antarabangsa; sains, teknologi dan inovasi dan kerjasama digital; belia dan generasi masa depan; serta reformasi tadbir urus global. – UN

Walau bagaimanapun, memorandum tersebut menerima tentangan daripada 7 negara (Rusia, Belarus, Korea Utara, Iran, Nicaragua, Sudan, dan Syria)  yang memohon pindaan kepada draf resolusi itu. Dalam cadangan pindaan itu, Timbalan Menteri Luar Rusia Sergey Vershinin membantah elemen campur tangan PBB dalam perkara yang pada asasnya berada dalam bidang kuasa domestik mana-mana negara. – UN Press

Pada masa sama, beliau juga menegaskan pengabaian kepada prinsip tidak campur tangan dalam perkara yang dalam bidang kuasa domestik sesebuah negara akan mendedahkan negara-negara membangun kepada tekanan Barat. Katanya, bagi menutup kegagalan mereka dalam komitmen-komitmen SDG, Barat mengenakan kewajipan-kewajipan baharu pada negara lain. – Russia UN

Dalam pada itu, Sergey mendakwa tiada rundingan antara kerajaan yang berlaku semasa pembentukan memorandum itu. Menurutnya, tidak ada satu mesyuarat pun di mana delegasi berkumpul di satu meja dan berbincang mengenai teks draf, bahagian demi bahagian dan perenggan demi perenggan. Beliau turut mendakwa kumpulan penyelaras kepada draf memorandum itu hanya memasukkan isi-isi yang diminta oleh Barat. – Russia UN

Selain itu, Pakistan bersama dengan Cuba, China, Eritrea, Rusia, Syria, dan Venezuela dilaporkan tidak bersetuju dengan lima peruntukan termasuk usaha untuk memperkukuh peranan PBB dalam menangani kejutan global seperti bencana iklim hingga pandemik. Arab Saudi juga membantah satu peruntukan mengenai bahaya yang ditimbulkan oleh bahan api fosil. – Devex

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan Pertimbang Bentuk Konsortium China-Malaysia untuk Projek HSR, Susulan Lawatan Agong ke China

Next Post

AS, Britain Pertimbang Guna Senjata NATO Serang Rusia dari Ukraine, Putin Sedia Guna Senjata Nuklear Sebagai Respon

Related Posts

RADAR EDISI 88

[membership level=”1″] RADAR EDISI 8828 Okt 2019 -DALAM NEGARA- Ekonomi 1. Malaysia bergantung kepada makanan luar, bil Import…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content