90 peratus pembeli hartanah Forest City dari China

BANGI, 11 Jamadilakhir 1438H, Jumaat – Bekas ejen jualan syarikat Country Garden di Malaysia mendedahkan kira-kira 90 peratus pembeli hartanah Forest City di Johor adalah dari China, demikian lapor South China Morning Post.

Projek Forest City meliputi 1,386.05 hektar, dibina atas empat pulau buatan manusia di Iskandar Malaysia adalah antara hartanah luar negara yang paling terkenal dalam kalangan penduduk China ekoran promosi meluas Country Garden, termasuk pengiklanan di stesen televisyen negara itu.

Country Garden yang berpangkalan di Guangdong adalah pemaju kedua terbesar di China yang mempunyai empat projek perumahan di Malaysia.

Pembangunan tersebut berjaya menarik pembeli China dengan menawarkan harga yang berpatutan dan akses kepada program visa Malaysia untuk jangka panjang.

Jurucakap Country Garden mengesahkan bahawa ia telah menutup semua pusat jualan di tanah besar untuk pengubahsuaian, namun menafikan langkah itu mempunyai kaitan dengan kawalan modal China.

Jurucakap berkenaan menganggarkan terdapat puluhan pusat jualan Country Garden, tanpa memberi jumlah sebenar perkara itu.

Bagi membendung aliran keluar modal, kerajaan China pada Januari lalu mengharamkan rakyatnya daripada menukar Yuan kepada matawang lain bagi pembelian hartanah di luar negara.

Pada bulan sama, pengurus kewangan Country Garden, Wu Bijun memberitahu bahawa beberapa projek di Malaysia terjejas ekoran tindakan tegas kerajaan terhadap aliran keluar modal.

Bermula pada 2013, projek Forest City berdepan pelbagai cabaran. Penambakan besar-besaran yang dicadangkan di antara Singapura dan Malaysia menimbulkan kebimbangan kepada kedua-dua pihak mengenai kesan alam sekitar – kerja-kerja itu digantung pada 2014.

Bagaimanapun, pembinaan itu bermula pada 2015 dengan pelaburan dijangka AS$36.2 bilion dalam tempoh 20 tahun dan pra-jualan dilancarkan pada 2016.- Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kapal nelayan dari China ditahan berlabuh di kawasan larangan di Pengerang

Next Post

KTMB bakal lenyap jika projek Kereta Api China terlaksana?

Related Posts

Bangsa Filipina: Singa yang Dikijangkan

Jati diri Islam merupakan satu pendirian yang menusuk ke dalam jiwa seorang penganutnya. Pendirian yang utuh tak gentar siapa kecuali Maha Pencipta ini seberani seekor singa. Namun pendirian ini semakin lama semakin dikikis oleh pihak- pihak luar yang cuba menjinakkan Sang Singa menjadi seperti seekor kijang yang pengecut.
Read More

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content