Kapal nelayan dari China ditahan berlabuh di kawasan larangan di Pengerang

JOHOR BAHRU, 5 Jamadilawal 1438H, Khamis – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal nelayan kerana berlabuh di kawasan larangan bersauh di perairan Pengerang dekat Kota Tinggi, semalam.

Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata, kapal MT Hua Xiang 801 terbabit dikesan melakukan kesalahan itu oleh bot peronda APMM ketika sedang melakukan rondaan di perairan berkenaan kira-kira 3 petang.

“MT Hua Xiang 801 dikesan bersauh di kedudukan kira-kira 2.8 batu nautika selatan dari Tanjung Setapa, Kota Tinggi.

“Kita menghampiri kapal terbabit untuk membuat pemeriksaan dan mendapati ia melakukan kesalahan bersauh di kawasan larangan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Amran berkata, kapal yang berdaftar di Zhua Shan, China itu membawa 12 anak kapal warga China berusia antara 23 dan 53 tahun.

Beliau berkata, kapten dan ketua jurutera kapal tersebut kemudian dibawa ke Pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut.

Katanya, kapal itu boleh didakwa mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952) kerana berlabuh di kawasan larangan bersauh di perairan Malaysia.

Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh didenda maksimum sehingga RM100,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali, katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bagaimana pelaburan China pengaruhi PRU-14: Akhbar Hong Kong

Next Post

90 peratus pembeli hartanah Forest City dari China

Related Posts
Skip to content