Netanyahu bertemu Muhammad Bin Salman di Amman

Putera Makhota Arab Saudi, Mohammed bin Salman telah mengadakan perjumpaan rahsia bersama Perdana Menteri Israel, Binyamin Netanyahu di Amman, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Maariv. Perjumpaan ini dilaporkan berlaku 25 Jun yang lalu.

Pada November 2017 yang lalu, Netanyahu mengakui mengadakan perjumpaan dan perhubungan bersama Arab Saudi dan menyimpannya sebagai sesuatu yang rahsia. Netanyahu juga menyatakan kesediaan pasukan perisikan mereka yang diketuai oleh Gadi Eisenkot yang mengatakan bahawa mereka sudi berkongsi maklumat perisikan kepada Arab Saudi untuk menghadapi Iran.

Perjumpaan itu dilaporkan berlaku ketika Jared Kushner dan juga pihak kedutaan Jason Greenblatt (pengiring kedutaan Amerika di Timur tengah, juga bekas pembantu Trump) mengadakan lawatan ke ibu negara Jordan itu.

Kushner dijadualkan akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin negara Arab di Mesir, Qatar, Jordan, Israel dan juga Arab Saudi untuk membincangkan secara tersurat isu perjanjian damai Palestin-Israel. Namun menurut, Ibrahim Fraihat seorang penganalisa isu Timur Tengah berkata lawatan ini bertujuan untuk meraih sokongan politik dan ekonomi untuk projek perjanjian damai itu. Antara lain isu kandungan perjanjian damai itu adalah mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel, penempatan haram Israel di semenanjung Gaza tidak akan diusik dan disuruh keluar, dan pelarian Palestin tidak dibenarkan untuk kembali semula ke tanah mereka.

Walaupun, mendapat tentangan ramai pihak Kushner berkata, mereka tetap akan meneruskan isi perjanjian itu. Kesan yang akan dihadapi oleh negara-negara Arab jika tidak menerima perjanjian itu adalah mereka akan ditekan, dari sudut politik dan juga ekonomi.

Keseluruhan bacaan projek-projek ini harus dibaca secara menyeluruh agar kita boleh menjangkakan apa perancangan seterusnya yang akan dilakukan oleh Yahudi dalam mengukuhkan penguasaan mereka di rantau Arab.

Ditambah pula dengan hubungan Israel yang semakin rapat dengan negara-negara di rantau Arab ini, khususnya Arab Saudi memberikan kebimbangan, sejauh mana, Arab Saudi akan bertindak mengikut kepentingan umat Islam, atau mereka akan terus menjadi proksi kepada Israel, dalam percaturan politik Timur Tengah.

Oleh:
Asyraf Farique
Ketua Editor FOKUS

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sri Lanka pindahkan tentera laut ke pelabuhan milik China

Next Post

Benarkah kos ECRL sebanyak 81 bilion? Rakyat perlukan penjelasan

Related Posts

Notice: wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/rekasawa/fokus.my/wp-includes/functions.php on line 5313

Jack Ma bakal kuasai pasaran E-Wallet ASEAN, selepas usaha kurangkan kebergantungan kepada dolar

Pada 2-5 April kesatuan Asean telah menganjurkan mesyuarat Menteri Kewangan Asean ke-23 dan Mesyuarat Menteri Kewangan bersama gabenor…
Read More

Dari Meja COO : Di Ambang Ramadhan

Setelah setahun yang panjang dan penuh dengan pelbagai peristiwa, umat Islam di seluruh dunia bertemu sekali lagi dengan bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Tidak jauh berbeza dengan Ramadhan pada beberapa tahun lepas, Ramadhan pada tahun ini juga menyaksikan bagaimana ianya hadir di tengah-tengah pelbagai lipatan peristiwa yang menjadi krisis dan kemelut bagi umat Islam di seluruh dunia.
Read More