Kolaborasi kukuh antara kerajaan, institusi kewangan Islam bina semula kekuatan ekonomi

KUALA LUMPUR- Kolaborasi kukuh antara kerajaan, institusi kewangan Islam, institusi zakat dan wakaf amat diperlukan bagi membina semula kekuatan ekonomi yang terkesan akibat pandemik COVID-19 serta membantu golongan yang memerlukannya.

Itu merupakan antara beberapa resolusi dan cadangan yang dikemukakan pada persidangan Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara Ke-15 (MUZAKARAH2021) secara maya yang berlangsung pada 7 dan 8 Julai lalu.

Pengarah Eksekutif Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA), Prof. Dr Akram Laldin berkata kolaborasi tersebut juga diperlukan bagi mewujudkan kewangan campuran Islam.

“Perlaksanaan perantaraan berasaskan nilai dan pelaburan berasaskan impak sosial perlu dipertingkatkan pada waktu ini.

“Kajian lanjut juga perlu dijalankan berhubung parameter pelaksanaan mikro kredit berasaskan qard hasan bagi dana zakat semasa dan pasca pandemik, dan penstrukturan semula model kewangan campuran Islam yang sesuai dilaksanakan oleh institusi kewangan Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata usaha pemulihan ekonomi memerlukan sokongan banyak pihak.

“Krisis ini telah memberi impak yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara serantau. Pelbagai pakej rangsangan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi individu dan perniagaan.

“Dalam menyokong usaha ini, institusi kewangan Islam dan ilmuan Syariah mempunyai peranan penting untuk menerapkan prinsip ihsan dan adil dalam menawarkan program bantuan yang responsif terhadap keadaan semasa dan cabaran yang dihadapi oleh pelanggan,” katanya.

Persidangan secara maya bertemakan “Industri Kewangan Islam Pasca Pandemik: Impak, Cabaran dan Hala Tuju” itu berjaya menarik kehadiran lebih kurang 300 pengamal industri kewangan Islam dan pakar Syariah tempatan serta antarabangsa.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pertembungan Islamis dan Sekular dalam perebutan kuasa di Tunisia

Next Post

Bekalan hartanah Malaysia catat pertumbuhan 34.5 peratus tahun ke tahun

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content