Syarikat Teknologi Israel Cuba Dominasi Sektor Pertanian Makanan Asia Tenggara

KUALA LUMPUR: Syarikat teknologi pertanian Israel ingin membuat kerjasama dua hala dengan negara Asia Tenggara yang ingin meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

Salah satu syarikat Israel, Netafim (pengeluar peralatan pengairan) telah mengedarkan peralatan-peralatannya ke negara Vietnam, Filipina, Singapura, Malaysia, Indonesia termasuk Kemboja.

Ceo Netafim, Gabriel Miodowni menjangkakan ASEAN akan lebih maju dengan menggunakan teknologi pengairan titisan (mini-sprinkler) ini.

Namun, terdapat isu apabila dana untuk penggunaan teknologi ini menjadi sukar apabila kebanyakkan penduduk di Asia Tenggara lebih cenderung untuk menggunakan tenaga buruh.

Hal ini kerana, tidak semua negara mempunyai dana untuk meletakkan sesuatu sistem baru yang mahal seperti yang ditawarkan oleh Israel.

Walaubagaimanapun, Singapura telah mengambil langkah lebih awal berbanding negara Asia Tenggara yang lain dengan penglibatan syarikat Revulis dalam membangunkan sektor pertaniannya.

Israel juga telah meluaskan kerjasama dengan Thailand apabila membuka rumah hijau (greenhouse) kedua di wilayah Petchburi pada Oktober lalu.

Projek ini dikatakan telah membantu petani Thailand meningkatkan hasil pertanian dengan sistem pengairan dan penyiraman yang lebih cekap.

Vietnam pula dalam perancangan untuk membuat kerjasama secepat mungkin dimana pekerja-pekerja akan dihantar ke Israel untuk melihat sektor pertanian di sana.

Penggunaan teknologi yang mahal dikatakan adalah masalah di Asia Tenggara di mana petani bergantung pada tenaga manusia yang lebih murah.

Di Pulau Mindanao,Filipina, pengeluaran pisang telah memberi kesan selama 30 tahun kebelakangan ini dengan menggunakan teknologi pengairan titisan (mini-sprinkler) ini, dimana 60% tanah dimiliki oleh pengeksport dan syarikat besar.

Israel juga telah membina rumah hijau (greenhouse) di utara wilayah Vinh Phuc, Vietnam sehingga para petani berjaya mengusahakan beberapa tanaman menggunakan teknik hydroponik.

Duta Israel ke Singapore, Sagi Karni berkata, “Israel hanya membantu dari sudut teknologi, teknologi yang menambah baik sistem-sistem yang ada”.

Israel mempunyai lebih kurang 600 syarikat pertanian dan teknologi makanan di seluruh dunia sehingga menjadi peneraju dunia dalam bidang pertanian dan pengurusan air walaupun memiliki tanah yang gersang.

Pencapaian Israel menghasilkan 300 tan tomato per hektar jauh lebih tinggi daripada purata 50 tan di seluruh dunia.

Begitu juga dalam menguruskan hasil tuaian, Israel mencatatkan kerugian hanya 0.5%, berbanding dengan 20% di seluruh dunia.

Teknologi pertanian Israel juga telah menjadi perhatian apabila Asia Tenggara bergelut dengan masalah keselamatan makanan yang terjejas akibat iklim dan Covid-19, yang mana majoritinya adalah negara pengeluar, pembekal dan pengeksport tanaman utama seperti beras.

Wabak Covid-19 ini sangat memberi kesan terutama terhadap sektor pertanian dan makanan untuk mendapat bekalan produk ke pasaran dan pengguna, di dalam dan di luar negara.

Situasi ini digunakan oleh Israel untuk menawarkan teknologi mereka bagi meningkatkan sektor pertanian-makanan di rantau Asia Tenggara termasuk di Singapura, negara yang tidak memiliki tanah pertanian tetapi telah mensasarkan untuk mengeluarkan 30% keperluan makanannya sendiri menjelang 2030.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perang Laut China Selatan Akan Bermula Di Vietnam?

Next Post

Universiti Malaya anjur seminar sempena sambutan 100 tahun parti komunis china

Related Posts
Skip to content