Pegawai Tertinggi AS mengecam dan mendesak China untuk menghentikan serta merta sebarang usaha menambak tanah (pulau buatan) di Laut China Selatan.
Amerika Syarikat mengecam tindakan menambak tanah China di Laut China Selatan, dengan mengatakan bahawa tindakan itu menyalahi peraturan antarabangsa.
Setiausaha Pertahanan AS, Ash Carter mendesak untuk menghentikan serta merta sebarang kerja di Laut China Selatan semasa Dialog Shangri-La, satu persidangan keselamatan antarabangsa di Singapura, Sabtu lalu.
“Pertamanya, kita mahukan satu resolusi aman dalam menyelesaikan pertikaian ini. Oleh itu, sebarang kerja penambakan tanah di perairan itu mestilah dihentikan serta-merta,” kata Carter dalam persidangan itu.
Seorang pegawai tentera China, yang juga turut hadir dalam persidangan tersebut, terus memberikan respon bahawa komen yang disebut oleh Carter itu tidak kukuh dan tidak berasas.
Komentar Carter itu turut juga mendedahkan bahawa China telah meletakkan dua kenderaan artileri (meriam) besar dalam salah satu pulau buatan mereka di Laut China Selatan.
Penemuan itu, dibuat lebih kurang beberapa minggu lalu, yang telah menyebabkan kebimbangan dan kegusaran AS dan di seluruh perairan Asia Pasifik, bahawa China akan menggunakan projek pulau-pulau yang ditambak untuk tujuan ketenteraan.
Minggu lepas, tentera China mengarahkan pesawat pemantau AS P-8 Poseidon, untuk meninggalkan kawasan udara Kepulauan Spratly. Tetapi AS tetap berdegil dan abaikan arahan tersebut.
“Sepatutnya tiada kesilapan berlaku, AS akan tetap terbang, berlayar dan beroperasi sepertimana yang dibenarkan dalam peraturan antarabangsa, tentera AS melakukan semua itu di seluruh dunia,” kata Carter.
Beliau mengakui bahawa pihak-pihak yang menuntut lain juga telah membina outpost yang membezakan skop dan tahap “differing scope and degree”, termasuk Vietnam : 48, Filipina : 8, Malaysia : 5, dan Taiwan : 1.
“Namun begitu, satu negara telah pergi lebih jauh dan lebih cepat dari yang lain, dan negara itu China. Masih tidak jelas sejauh mana China akan pergi. Sebab itu, keadaan ini telah menyebabkan ketegangan di perairan rantau dan menjadi berita utama di seluruh dunia.”
Wakil Al Jazeera, Marga Ortiga menjelaskan setelah mengikuti secara langsung persidangan di Singapura tersebut, “secara dasarnya, kebebasan pelayaran telah pun dijamin sejak lebih 70 tahun, semua itu kerana keterlibatan AS. Tanpa AS, tiada wujud keseimbangan kuasa, dan sekiranya berlaku huru-hara, ia akan menyebabkan ketidakstabilan di rantau itu.
Beliau juga menambah, tiada “syarat-syarat atau keputusan konkrit yang dicapai dari segi dasar polisi atau perjanjian dicapai dalam persidangan tersebut, tetapi persidangan tersebut telah menyediakan suatu ruang yang ‘selesa’ untuk perbincangan yang konstruktif.”
China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, atas sebab mengikut garis-garis peta China yang disiarkan sekitar 40-an, dan ia menyebabkan pertikaian tidak berkesudahan dengan negara-negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Filipina, dan Malaysia.
Sumber : AlJazeera