Felo Penyelidik Kanan Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Zaini Othman menggariskan kurang rasa cinta dan semangat kekitaan sebagai antara faktor utama masalah kemahiran berbahasa Melayu masih wujud, khususnya dalam kalangan bukan penutur asal. (BERNAMA)
Manakala, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Hazami Jahari yang bersetuju bahawa ada rakyat Malaysia berasa dangkal (keras hati) dan malu untuk berbahasa Melayu dalam pertuturan harian atau dalam persekitaran formal, berpendapat faktor pergaulan sosial sebagai antara dalang. (BERNAMA)
Berdasarkan kajian Nora’azian Nahar dan Fadzilah Abd. Rahman dari Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia ke atas 414 murid sekolah jenis kebangsaan (SJK) di daerah Kuantan mendapati sebanyak 55.7 peratus masih tidak fasih berbahasa Melayu. Ia adalah data yang membimbangkan khususnya kepada peratus penguasaan bahasa Melayu di peringkat universiti dan sektor pekerjaan.(UTUSAN)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.