Pada 12 Januari 2024, Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock dilaporkan membuat lawatan ke Malaysia dan Singapura. Lawatan ini adalah susulan daripada lawatannya ke Israel, Arab saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir sejak beberapa bulan lalu. Tujuan lawatan Annalena adalah untuk meminta negara-negara ini menyokong Israel dan agenda “Two-State Solution”. Dalam kunjungan ke Malaysia, Annalena mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar dan Perdana Menteri Malaysia. (Indian Express, DW)
Peranan Annalena dan Blinken ketika perang Taufan Al-Aqsa adalah secara strategik untuk mengumpul sokongan negara-negara Timur Tengah dan majoriti Muslim kepada Israel. Bercakap mengenai lawatan ke Malaysia, Ahli parlimen Jerman, Jürgen Hardt berkata, Berlin mesti menjelaskan kepada negara majoriti Muslim “bahawa Israel adalah sekutu terdekat Jerman di Timur Tengah.” (Indian Express, DW)
Susulan daripada itu, Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier membuat lawatan rasmi ke Malaysia selama 4 hari dari 16 hingga 19 Februari. Lawatan ini merupakan perkara yang ganjil dan jarang berlaku berikutan kali terakhir Malaysia menerima kunjungan Presiden Jerman adalah 26 tahun lalu pada April 1997. (Wisma Putra)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.