Peranan Rothschild dalam Penjajahan Palestin

Keluarga Rothschild telah terlibat dalam misi untuk menjatuhkan negara-negara Islam dan menubuhkan negara haram Israel. Hal ini boleh diperhatikan melalui buku Simon Schama, Two Rothschilds and the Land Of Israel.

Melalui kekayaan yang dikumpul oleh keluarga Yahudi terkenal ini sejak kurun ke-16 lagi, pada kurun ke-19 mereka telah membelanjakan jumlah yang sangat besar untuk membiayai sebuah langkah strategik yang amat penting untuk membuka jalan seterusnya bagi gerakan Zionisme masuk menjarah tanah Palestin.

Rothschild telah memberikan wang yang amat banyak untuk membeli tanah-tanah secara terancang, khususnya tanah pertanian di pelbagai tempat di Palestin. Sekitar tahun 1880an, Baron Edmond de Rothschild, pemilik bank dan tokoh Yahudi terkaya di Eropah telah membantu membiayai kebun-kebun anggur bagi pendatang Yahudi di Palestin, seiring dengan gelombang kemasukan imigran Yahudi ke Palestin pada masa tersebut.

Koloni Yahudi pertama berjaya dibina pada 1882 dan menjelang 1918, 1/12 dari tanah subur di Palestin dimiliki oleh Rothschild. Inilah langkah penting yang membuka kemasukan ramai
pendatang haram Yahudi ke bumi Palestin termasuklah Ben Gurion, Perdana Menteri pertama negara haram Israel.

Tokoh-tokoh pelopor negara haram mengakui bahawa tanpa peranan dan pembiayaan daripada Rothschild, misi menjajah Palestin dan mendirikan negara haram Israel tak mungkin tercapai.


Rothschild juga telah meyakinkan ramai lagi orang kaya Yahudi untuk menggembleng dana dan membiayai banyak lagi langkah strategik gerakan Zionisme. Malah orang kaya dari
keluarga ini jugalah yang membiayai pembinaan Parlimen Knesset dan stesen radio negara haram — infrastrukturpenting untuk meneruskan pembinaan negara haram.


Dalam satu ucapan, Rothschild jelas menyebut bahawa biaya besar yang beliau beri bukan kerana simpati dengan nasib dan kemiskinan orang Yahudi (pendatang ketika itu semua miskin dan pelarian) sebaliknya kata beliau:


I did it because I saw in you the realisers of the renaissance of Israel and of that ideal so dear to us all, the sacred goal of the return of Israel to its ancestral homeland.”

Petikan daripada buku Latar Geopolitik Dunia terbitan IRIS Institute

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Menteri Luar Jerman Tegaskan Pendirian Sokong Israel dalam Satu Lawatan ke Malaysia, Risiko Pengaruhi Pendirian Malaysia dalam Isu Palestin

Next Post

Kapal Perang China Berterusan Ceroboh Perairan Negara di Laut China Selatan, Malaysia Kekal dengan Pendirian Senyap Dan Pasif

Related Posts
Skip to content