Israel mendakwa akan mengisytiharkan “kekalahan” Hamas’ di Rafah, seterusnya memulakan serangan fasa ke-3 membabitkan serangan udara yang lebih spesifik berdasarkan maklumat risikan. Netanyahu pada Oktober 2023 mengumumkan permulaan serangan fasa ke-2 dengan melancarkan pencerobohan darat ke Semenanjung Gaza selepas melakukan pengeboman yang meluas ke atas Gaza selama kira-kira dua minggu pada fasa pertama. – (Anadolu)
Fasa ketiga bertujuan bagi menghapuskan kuasa dan pengaruh Hamas yang masih berbaki, menghalang kebangkitan Hamas, dan menutup sempadan Mesir. Susulan daripada itu, tentera Israel dilaporkan akan ditempatkan di kawasan Koridor Philadelphi di sempadan antara Gaza dan Mesir. – (Malay Mail)
Peralihan ke fasa ke-3 ini dibangkitkan oleh menteri pertahanan Israel, Yoav Gallant ketika lawatannya ke Washington. Lawatan ini antaranya bertujuan untuk mempercepatkan dan meningkatkan bekalan senjata dari A.S. ke Israel bagi menampung operasi seterusnya. Pada masa sama, Gallant dan wakil A.S, Amos Hochstein turut membincangkan mengenai perkembangan di selatan Gaza dan Utara Lubnan. – (Middle East Monitor, Hurriyet)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab