Ukraine terima bantuan keselamatan jangka panjang termasuk jet pejuang F-16 daripada NATO

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken pada luar sidang kemuncak NATO di Wasington mengesahkan penghantaran kumpulan pertama jet pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat (AS) ke Ukraine dari Denmark dan Belanda. Menurutnya, jet-jet berkenaan akan mula beroperasi pada musim panas ini untuk memastikan Ukraine boleh terus mempertahankan diri secara berkesan daripada pencerobohan Russia. – Reuters

Pada persidangan sama, NATO mengumumkan komitmen bantuan keselamatan jangka panjang kepada Ukraine yang terdiri daripada bantuan ketenteraan berjumlah kira-kira €40 bilion Euro setiap tahun; pembelian peralatan ketenteraan; sokongan dalam bentuk sumbangan barangan atau perkhidmatan; kos yang berkaitan dengan penyelenggaraan, logistik dan pengangkutan peralatan ketenteraan; kos untuk latihan ketenteraan; kos operasi yang berkaitan dengan penyediaan sokongan ketenteraan; pelaburan dan sokongan untuk infrastruktur pertahanan dan industri pertahanan Ukraine; semua sumbangan kepada Dana Amanah NATO untuk Ukraine. – NATO

Manakala, dalam Deklarasi Sidang Kemuncak Washington, NATO menyenaraikan China, Russia, Iran dan Korea Utara sebagai ancaman utama blok itu. Hal ini demikian kerana, Korea Utara dikatakan mengeksport peluru artileri dan peluru berpandu balistik ke Russia, sementara Iran didakwa menghantar peluru berpandu balistik dan teknologi berkaitan juga ke Russia. China pula dianggap sebagai watak penting dalam perang Russia-Ukraine kerana menjalinkan kerjasama tanpa had dan memberi sokongan berskala besar untuk pangkalan industri pertahanan Russia.  – NATO

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Filipina Lakukan Tuntutan Rasmi ke Atas Sabah, Malaysia Hantar Nota Bantahan Kepada PBB

Next Post

Pendaftaran Pelajar Bumiputera ke Sekolah Antarabangsa meningkat hampir 50%, namun pendaftaran bukan bumiputera ke Sekolah Kebangsaan Menurun

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content