ASEAN tidak sepakat mengenai punca krisis di Gaza, Thailand dan Singapura dominan bentuk pendirian ASEAN

Mesyuarat Menteri Luar ASEAN ke-57 pada 27 Julai lepas menggambarkan serangan 7 Oktober yang mungkin merujuk kepada Hamas sebagai punca krisis kemanusiaan di Gaza bertambah teruk. Kenyataan bersama yang berpihak kepada Israel itu adalah hasil daripada pengaruh Thailand dan Singapura. – (ASEAN, Nikkei Asia)

Perbezaan pendirian antara negara majoriti Muslim dan negara yang ingin mengekalkan hubungan diplomatik dengan Israel menyebabkan berlaku kelewatan untuk memuktamadkan kenyataan bersama mesyuarat itu. Memetik laporan Nikkei Asia, kenyataan Malaysia mengutuk keganasan Israel yang telah menyebabkan kematian dan kecederaan warga ASEAN dikeluarkan daripada kenyataan akhir menteri-menteri luar ASEAN. – (Nikkei Asia, Fulcrum)

Manakala, pendirian Thailand yang ingin menyebut serangan 7 Oktober sebagai punca krisis di Gaza dimasukkan ke dalam barisan pertama perenggan berkenaan keadaan di Timur Tengah. Pada masa sama, Singapura pula dikatakan kekal dengan pendirian berkecuali bagi menjaga hubungan keselamatannya dengan Israel. – (Nikkei Asia)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

London Metal Exchange (LME) lulus pelabuhan Arab Saudi sebagai gudang logistiknya, perkukuh pengaruh China dalam rantaian bekalan logam di Timur Tengah

Next Post

Giliran Singapura Memeterai Perjanjian Nuklear dengan A.S. Selepas Filipina, Indonesia, dan Vietnam, Pengukuhan Pengaruh A.S. dalam Kuasa Nuklear di Asia Tenggara

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content