Dana Pelaburan Arab Saudi (PIF) tandatangan Mou bernilai AS$50 bilion dengan bank-bank China, perkukuh kerjasama kewangan Saudi-China

Dana Pelaburan Arab Saudi (PIF) dalam langkah terbarunya menandatangani enam memorandum persefahaman (MoU) dengan insititusi-institusi perbankan China yang bernilai hampir AS$50 bilion. Langkah itu datang selepas kedua-dua negara itu melancarkan Dana Dagangan Bursa (ETF) yang membolehkan pelabur individu dan institusi di China untuk melabur di pasaran Arab Saudi. – (PIF, SCMP)

Selain daripada meningkatkan kerjasama PIF di peringkat global, MoU itu menyasarkan untuk mempromosi aliran modal dua hala melalui hutang dan ekuiti dengan institusi kewangan China yang terdiri daripada Agricultural Bank of China (ABC), Bank of China (BoC), China Construction Bank (CCB), China Export & Credit Insurance Corporation (SINOSURE) Export-Import Bank of China (CEXIM) dan Industrial and Commercial Bank of China (ICBC ). – (PIF)

Terdahulu, pada 14 Jun, Suruhanjaya Kawal Selia Sekuriti China membenarkan dua ETF, Hautai-Pinebridge CSOP Saudi Arabia ETF QDII dan China Southern CSOP Saudi Arabia ETF QDII untuk disenaraikan di Bursa Saham Shanghai dan Shenzhen di China. Kedua-dua dana tersebut akan melabur secara tidak langsung dalam pasaran Arab Saudi melalui CSOP Saudi ETF yang berpangkalan di Hong Kong, yang pertama kali dilancarkan pada November tahun lepas. – (Argaam, Bloomberg)

Pada masa sama, Arab Saudi dan China sedang membangunkan Dana Dagangan Bursa (ETF) yang akan menghubungkan pelabur di Timur Tengah dengan pasaran China melalui Hong Kong Stock Exchange (HKEX). ETF itu kemudian akan disenaraikan untuk didagangkan di bursa saham Tadawul di Riyadh. – (SCMP)

Menurut pengulas khas CGTN, Matteo Giovannini, kerjasama kewangan antara Arab Saudi dan China memenuhi kepentingan kedua-dua negara itu melangkaui sekadar aliran masuk modal. Katanya, menggunakan modal dan kemahiran China dalam sektor pembuatan, projek mega Arab Saudi seperti NEOM berpotensi untuk berjaya. Manakala, kedudukan strategik Arab Saudi memberi peluang kepada China untuk memperkukuhkan inisiatif Jalur dan Jalannya (BRI) di Timur Tengah. – (CGTN)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Apa yang mengakibatkan kejatuhan saham global secara mendadak?

Next Post

Kerajaan pertimbang tuntutan Persatuan Baba Nyonya Malaysia, naik taraf peranakan Cina menjadi sub etnik di bawah JPN

Related Posts

RADAR EDISI 96

[membership level=”1″] RADAR EDISI 9627 Nov 2019 -DALAM NEGARA- Keselamatan 1. Pengganas dan counter-terorism antara isu utama menteri…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content