Microsoft dan Blackrock tubuh kerjasama strategik untuk dominasi ekosistem kecerdasan buatan (AI) global

Microsoft dan Blackrock antara sebahagian kumpulan syarikat yang bekerjasama dalam penubuhan Global Artificial Intelligence Infrastructure Investment Partnership (GAIIP) yang dianggarkan bernilai sehingga USD100 bilion. Penubuhan perkongsian ini untuk mengukuhkan pembangunan ekosistem AI dengan membina infrastruktur pusat data baharu dan tenaga serta menaik taraf yang sedia ada. Perkongsian ini juga melibatkan syarikat Global Infrastructure Partners (GIP) dan syarikat pelaburan AI milik Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu MGX. – (Crunchbase, CNBC)

Perkongsian GAIIP ini turut mendapat sokongan NVIDIA, peneraju dalam teknologi kecerdasan buatan dan pembuatan cip, dengan menawarkan kepakarannya dalam pusat data AI dan kilang AI. –(Caproasia)

Ekosistem AI yang akan dibina di bawah GAIIP bukan sahaja terdiri daripada pusat data dan teknologi, tetapi juga merangkumi penyelidikan dan pembangunan (R&D), sumber tenaga bersih, serta rangkaian teknologi terkini yang lain. Strategi jangka panjang kerjasama ini dilihat untuk mendominasi ekosistem AI global, memastikan Amerika Syarikat kekal di hadapan sebagai peneraju utama dalam sektor yang semakin kritikal ini. Sebagai pemegang saham utama dalam Microsoft, BlackRock bersama Vanguard dan State Street akan memainkan peranan penting dalam menjayakan pelaburan berskala besar ini. – (Global AI Ecosystem, Market Screener)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

AS Lulus bantuan ketenteraan bernilai USD1.3 bilion ke mesir, ganjaran bantu kekalkan penguasaan israel ke atas koridor philadelphi

Next Post

Kerajaan Pertimbang Bentuk Konsortium China-Malaysia untuk Projek HSR, Susulan Lawatan Agong ke China

Related Posts

RADAR EDISI 93

[membership level=”1″] RADAR EDISI 9311 Nov 2019 -DALAM NEGARA- Politik 1. SUPP, bekas Parti Komunis Kalimantan seru kerajaan…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content