Sarawak yang pada Ogos 2024 mendakwa memperoleh hak penuh ke atas pelantar benuanya sejauh 200 batu nautika, semalam (11 Nov) menandatangani tiga perjanjian dengan rakan antarabangsa bagi penerokaan minyak dan gas serta inisiatif penangkapan dan penyimpanan karbon.
Dalam kenyataannya pada Selasa, Petros memaklumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian dengan Japan Organization for Metals and Energy Security (Jogmec), sebuah agensi milik kerajaan Jepun, bagi menjalankan penerokaan minyak dan gas di kawasan daratan Mukah-Balingian. – The edge
Selain itu, Petros turut menandatangani perjanjian dengan SC Tubular Solutions Malaysia dan Sustec, sebuah syarikat teknologi sensor dari Jepun, untuk meneroka sumber minyak dan gas di lapangan Adong Kechil West berhampiran Miri, di utara Sarawak. – The edge
Perjanjian ketiga pula melibatkan kerjasama dengan Woodside Energy dari Australia untuk menilai keupayaan teknikal dan komersial bagi pelaksanaan penyimpanan karbon di kawasan Central Luconia, perairan luar pantai Sarawak. – The edge
Tiga perjanjian ini mengukuhkan tuntutan Sarawak yang, menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Ogos 2024, mendakwa memiliki hak penuh ke atas pelantar benuanya sejauh 200 batu nautika, melebihi had tiga batu nautika seperti ditetapkan dalam Akta Laut Wilayah 2012. – Fokus
Langkah ini turut selari dengan usaha Sarawak memperkukuh autonomi tadbir urus alam sekitar.
Pada 12 November 2024, DUN Sarawak meluluskan RUU Sumber Asli dan Alam Sekitar 2024, memberi negeri itu kuasa penuh mengawal selia pemuliharaan sumber, kawalan pencemaran dan pembangunan mampan. – Fokus
RUU ini juga menubuhkan NREB bagi melaksanakan fungsi baharu termasuk penangkapan dan penyimpanan karbon, sekaligus membatalkan undang-undang lama yang terpakai sebelum ini. – Fokus
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab