Donald Trump yang menubuhkan Board of Piece (BOP) atau Lembaga Keamanan menuntut bayaran USD1 bilion bagi negara-negara yang mahu kekal dalam lembaga itu.
Ahli lembaga akan berkhidmat selama penggal tiga tahun, jika mereka mahukan kerusi tetap, ia akan dikenakan kos yang tinggi iaitu sumbangan sebanyak USD$1 bilion. – CNN
Trump mengumumkan kenyataan ini serta memilih lebih 60 negara yang layak untuk menyertai lembaga ini yang diketuai oleh beliau sebagai pengerusi sulung. – SCMP, The Week
Menurut laporan portal CBS News, lebih 10 negara yang telah menandatangani untuk menyertai Lembaga Keamanan iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Morocco, Belarus, Hungary, Vietnam dan Canada yang telah menyatakan secara terbuka. – CBS News, Vietnam News
Selain itu, antara negara yang mendapat jemputan adalah Rusia, China, Itali, Singapura dan Kesatuan Eropah (EU). – CNN, CNA, Decode 39
Manakala Perancis telah menolak keahlian dalam lembaga itu, dengan alasan kebimbangan bahawa ia akan mewujudkan sistem yang berasingan daripada PBB. – CNN
Amerika pada asalnya menubuhkan Lembaga Keamanan untuk sebagai badan pengamanan yang yang tertumpu pada Gaza dan telah mendapat mandat daripada Majlis Keselamatan PBB atas tugasan tersebut sehingga akhir tahun 2027. – Times of Israel
Namun, Lembaga Keamanan ini dikritik seolah-olah mahu menggantikan PBB disebabkan draf piagam yang dihantar bersama-sama dengan jemputan untuk menyertai, langsung tidak merujuk kepada Gaza. – CNN, Times of Israel
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab