Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar A.S, Kesan Daripada Krisis di Laut Merah dan Kebergantungan Kuat ke atas Ekonomi China

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pasaran pertukaran asing memberi tumpuan kepada ketegangan geopolitik berikutan serangan tentera Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya di Yaman baru-baru ini. Pada 9.07 pagi, ringgit menyusut kepada 4.6470/6570 berbanding dolar AS daripada penutup Jumaat pada 4.6455/6500. (TheStar)

Selain itu, Ketua Penyelidik Pertukaran Asing Asia HSBC, Joey Chew, berkata pemulihan ringgit yang sederhana disebabkan dua faktor iaitu kebergantungan yang masih kuat ke atas pertumbuhan China yang dilihat kekal agak lembap ketika ini dan keadaan dolar AS yang kekal berdaya tahan. (BH)

Pada masa sama, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN. Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4887/4968 daripada 3.4900/4936 pada Jumaat lepas, bagaimanapun merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 298.7/299.6 daripada 298.6/299.1 minggu lepas, susut berbanding baht Thailand kepada 13.2980/3324 daripada 13.2464/2664 dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 8.32/8.34 daripada 8.30/8.32 sebelum ini. (Astro Awani)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perlaksanaan PADU Tergesa-gesa, Berisiko kepada Keselamatan Data Sosioekonomi Negara

Next Post

Hampir 50% Rakyat Malaysia Berkelayakan SPM ke bawah Memilih Pekerjaan Tidak Formal Berkemahiran Rendah, Negara Bakal Hadapi Penurunan Tenaga Berkemahiran Dalam Jangka Masa Panjang

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Individu

RM200 / tahun

Individu Silver

RM500 / tahun

Individu Premium

RM1000 / tahun

Skip to content