Network School ke Arah Normalisasi Hubungan Israel-Malaysia?

Ringkasan Laporan:

1. Apa yang berlaku

  • Balaji Srinivasan (bekas CTO Coinbase, bekas General Partner a16z) melancarkan Network School di Forest City, Johor pada 2024 sebagai prototaip “v1” sebuah Network State.
  • Kohort pertama: 128 peserta, program 90 hari bermula 23 September 2024.
  • Selepas hampir dua tahun, timbul dakwaan warganegara Israel menyertai program menggunakan pasport negara kedua.
  • Kerajaan bertindak: MBIP menutup dan membatalkan lesen perniagaan; siasatan oleh KDN, Imigresen dan PDRM. PM Anwar Ibrahim menegaskan mana-mana warganegara Israel akan dihantar pulang serta-merta.
  • Balaji menafikan dakwaan, tetapi temu bual media antarabangsa mendedahkan seorang peserta mengaku memiliki pasport AS dan Israel.
  • Selepas penutupan, Balaji secara terbuka meminta pertemuan dengan PM untuk membincangkan cadangan MoU.

2. Ideologi dan rangkaian di belakangnya

  • Balaji menggelar gagasannya “Tech Zionism”- komuniti bermula dalam talian (“reverse diaspora”), berkumpul secara fizikal, kemudian membentuk negara; model rujukannya, menurut beliau sendiri, ialah penubuhan Negara Israel.
  • Model Network State: komuniti digital → startup society → network union → network archipelago → pengiktirafan diplomatik.
  • Rangkaian aktor: Peter Thiel (Founders Fund, Thiel Foundation), Patri Friedman (Seasteading Institute, SSF, IDG, Pronomos Capital), Naval Ravikant, Joe Lonsdale.
  • Hubungan Thiel–Israel melalui Palantir: perkongsian strategik dengan Kementerian Pertahanan Israel (Januari 2024), entiti berdaftar di Israel, AIP dilaporkan digunakan dalam operasi di Gaza; skor BDS-1000 OpenIntel 871/1000 (Tier A – Extreme).
  • Kaitan Balaji: penasihat Pronomos & SSF, pelabur Prospera, pengasas bersama Counsyl (dilabur Founders Fund), dan Balaji Fund didanai Naval Ravikant.

3. Empat implikasi utama

  • Normalisasi hubungan dengan Israel: melalui “diplomasi inovasi” (model Start-Up Nation Central, ELNET, GINSUM) dan “techwashing”. Balaji tersenarai sebagai pelabur dalam Start-Up Nation Finder (Ironblocks, Chaos Labs, 2023). Preseden Malaysia sedia ada: dakwaan perjanjian Senpai Technologies 2018 (“Project Magnum” melalui proksi di Cyprus) dan dakwaan pelanggan NSO Group 2021. Pola UAE sebelum Perjanjian Abraham dijadikan kes studi.
  • Kedaulatan dan keselamatan: potensi kuasa bukan negara beroperasi autonomi dalam wilayah Malaysia; kelemahan kawalan imigresen apabila pasport kedua digunakan untuk mengelak sekatan.
  • Autonomi tadbir urus: risiko desentralisasi ekonomi/teknologi merebak menjadi desentralisasi kuasa tadbir urus negara.
  • Dasar pelaburan: Balaji mengumumkan penangguhan peluasan RM500 juta dan memberi amaran Malaysia berisiko kehilangan akses rangkaian pelaburan teknologi. Namun laporan menegaskan setakat ini belum ada syarikat berkaitan Balaji yang benar-benar menarik diri.

4. Kesimpulan

Keterbukaan kepada pelaburan global tidak boleh menjejaskan kedaulatan, keselamatan dan hak negara menentukan hala tuju tadbir urusnya sendiri.

Network School bukan sekadar isu pendidikan atau pelaburan teknologi; ia menunjukkan bagaimana teknologi dan modal boleh menjadi medium pengaruh geopolitik di luar saluran diplomatik tradisional.

Malaysia perlu menilai projek sebegini berdasarkan rangkaian di sebaliknya, sumber pembiayaan dan kepentingan strategik bukan hanya manfaat ekonomi.

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center (KMC), IRIS Institute

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Konflik Saudi-Yemen, Hari Malaysia, dan Sangkar Garisan Palsu

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000