Membuka Topeng Sebenar China

e90a

Berikutan lawatan rasmi delegasi pimpinan Malaysia ke China di bawah pimpinan Dato Seri Najib , timbul dua pendapat yang berlegar-legar di kalangan masyarakat.

Bagi penyokong Dato’ Seri Najib mereka akan mencari hujah untuk menjustifikasikan segala kebaikan yang datang dari sudut ekonomi dan manfaat yang ada untuk rakyat Malaysia, tanpa ada sebarang kajian yang konkrit, dari sudut kesan dan implikasi yang bakal Malaysia tanggung pada masa hadapan. Seolah-olah tiada sebarang syak wasangka, dan mengalu-alukan dengan tangan terbuka kerjasama dengan kuasa besar ini.

Bagi penentang Dato’ Seri Najib pula, mereka kini secara tiba-tiba menjadi musuh utama China. Mencari segala bukti keburukan yang ada tanpa memahami dengan lebih mendalam apa sebenarnya projek yang sedang dijalankan oleh China ini dalam skala global yang besar. Seperti yang selalu berlaku dalam kerangka politik kepartian saling menjatuhkan musuh politik.

Saya ingin membawa anda semua supaya melihat apa yang berlaku ini di luar kerangka politik kepartian. Kita akan membacanya dalam kerangka politik antarabangsa dan cuba memahami dan mengupas satu demi satu susuh tubuh China itu secara ringkas  melalui falsafah politik Middle Kingdom mereka (Zhongguo), Impian China mereka (China Dream), Polisi Qiaowu (Polisi Diaspora China) dan juga projek OBOR (One Belt One Road) Kemudian terserahlah kepada anda sama ada mahu menyokong atau menidakkannya.

Middle Kingdom (Zhongguo)

middle-kingdom
Gambaran Middle Kingdom, menunjukkan China sebagai pusat dunia. Dipetik daripada buku tulisan Martin Jacques: When China Rules The World ms 305

Sebelum kita memahami apa yang berlaku pada hari ini, kita harus memahami dengan mendalam secara sejarah dan juga falsafah yang berlegar dalam konteks politik China. China memandang negara mereka sebagai sebuah pusat ketamadunan dunia (civilisation state) dan bukannya kerangka negara bangsa (nation state).  (Middle Kingdom), Zhougong. Menurut Martin Jacques, dalam bukunya When China Rules The World, falsafah inilah yang membentuk cara berpolitik orang China hingga ke hari ini. Mereka merasakan memilki tamadun yang tinggi, dan lebih superior berbanding bangsa-bangsa lain di dunia ini. Melalui konsep ini mereka memandang negara yang berada di luar Middle Kingdom sebagai barbaric (tidak bertamadun) dan perlu dibebaskan dengan nilai tamadun China melalui penjarahan. Sejarah China yang panjang memperlihat lebih 90% etnik telah diasimilasikan menjadi bangsa Han.

Perhatikan melalui puisi yang dipetik daripada buku tulisan Martin Jacques ini. Puisi ini ditulis oleh Wen Yudio pada tahun 1925, yang mahu mengangkat kembali semangat nasionalisme Cina.

I am Chinese, I am Chinese,

I am the divine blood of the Yellow Emperor,

I came from the highest place in the world

Pamir is my ancestral home,

My race is like the Yellow river,

We flow down the Kunlun mountain slope,

We flow across the Asian continent,

From us have flown exquisite customs,

Mighty nation! Mighty Nation!

Pemikiran Tokoh Revolusi China yang menjatuhkan dinasti Qing, Sun Yat Sen juga dipengaruhi oleh pemikiran ini yang melihat bangsa Cina sebagai bangsa yang hebat setara atau lebih baik lagi daripada bangsa kulit putih.

Katanya;

“Mankind is divided into five races. The yellow and white races are relatively strong and intelligent. Because the other races are feeble and stupid, they are being exterminated by the white race. Only the yellow races competes with the white race. This is so called evolution.. Among the contemporary races that could be called superior, there are only the yellow and white races. China belong to the yellow races”

Melalui minda seperti ini, mereka mampu melaksanakan agenda penjarahan yang terancang, hasil daripada acuan beribu-ribu tahun dahulu hasil daripada siri peperangan saudara yang berterusan. Konsep negara yang menjadi anutan mereka adalah konsep civilisation state dan bukannya nation state.

China Dream

Impian China ataupun China Dream, mula disebut-sebut oleh Xi Jinping, sejak 2013 lagi. Ketika itu berlaku pertemuan antara Xi dan Obama di Sunnyland summit. Ketika pertemuan itu, Xi menyebut tentang impian China.

“By the Chinese dream, we seek to have economic prosperity, national renewal and people’s well-being. The Chinese dream is about cooperation, development, peace and win-win, and it is connected to the American Dream and the beautiful dreams people in other countries may have.”

Apakah yang dimaksudkan dengan China Dream? Di dalam buku ‘China Dreams 20 Visions of the Future’,  Dr. William Callahan menyatakan bahawa China sedang memasuki fasa keamanan dan kemakmuran (Taiping Shengshi). Ianya satu fasa yang bukan sahaja akan digunakan untuk mengukuhkan sistem politik dalaman negara tetapi juga menjadi kuasa dunia yang baru.

Fasa ini akan dilaksanakan selepas kejayaan mereka melaksanakan strategi “Tau Guang Yang Hui” di mana kekuatan mereka disembunyikan dan bersikap rendah diri dalam arena polisi antarabangsa. Kini strategi baru iaitu “Fen Fa You Wei” yang membawa maksud berusaha dan bekerja keras demi kejayaan dan kekuatan akan dilaksanakan.

Hal ini disokong, melalui ulasan daripada penganalisis politik yang berpusat di Eropah Timur, Bogdan Goralczyk. Beliau berkata, Xi Jinping mengariskan dua matlamat utama yang ingin dicapai melalui perancangan China dream ini melalui model pembangunan (Zhongguo Moshi). Pertama, menjelang tahun 2021, pendapatan per kapita GDP rakyat China pada tahun 2010, akan meningkat dua kali ganda. Ideanya adalah untuk membina masyarakat yang kaya (Xiaokang shehui). Dan yang kedua adalah untuk memenuhi impan China (Zhongguo Meng) mengembalikan semula kegemilangan Negara Cina (Zhonghua minzu weida fuxing). Melalui matlamat ini, kebangkitan rakyat China, bukan sahaja terpakai kepada mereka yang beretnik Han, tetapi juga Cina diaspora di serata dunia. Objektif utama adalah untuk menyatukan semua orang Cina dan menhubungkan semua tanah yang ada di dalamnya orang Cina. Mereka ingin mengembalikan semula kegemilangan Middle Kingdom.

Demi memahami bagaimana dasar luar China dirangka, penting untuk mengenali asal usul cara fikir berstrategi China. Dasar luar China bermula daripada idea Deng Xiaoping yang menggariskan 28 strategi yang berdasarkan karakter abjad China. Strategi pada peringkat awal adalah mengumpul kekuatan, untuk menjadi orde baru dunia. Taoguang yanghui yang bermaksud “sembunyikan kekuatan, elakkan provokasi”, seperti yang disebut di atas.

Berdasarkan buku ’36 Chinese Strategic Thinking’ tulisan seorang pakar mengenai China, berpendapat bahawa kita seharusnya memahami cara fikir dan strategi yang digunakan mereka sebelum melakukan sebarang urusan diplomasi bersama. Antara strategi lain yang digunakan adalah seperti:

  • Guo Hai Man Tian strategi pertama yang bermaksud, “crossing the sea while deceiving the god” (Ai, 1992)

“Such strategies that caused the Hawthorne effect has been used by the Chinese entrepreneurs to beat the government authority system while taking away opportunities meant.”

  • Pao Zhuan Yin Yu membawa maksud “tossing out a brick to get a jade” (Ai, 1992)

“This is a bait strategy by making the sleeping partner to believe he gained something but actually the Chinese entrepreneurs gained more invaluable return.”

  • Xiao Li Zang Dao.

“It means hiding a dagger behing a smiling face” (Ai, 1992).

Seorang pakar mengenai China  yang mempunyai pengalaman selama hampir 15 tahun di China dan beliau pernah terlibat dengan beberapa urusan perdagangan antara Malaysia dan China berkata, Malaysia harus berhati-hati ketika berurusan dengan mereka. Pihak Malaysia harus memahami cara berfikir mereka, serta strategi dan helah yang digunakan. Lebih-lebih lagi apabila menjalankan urusan perdagangan dalam skala yang besar.

Qiaowu – Polisi Wilayah Tambahan China

bn-ec942_qiaowu_ev_20140814235331

Dr James Jiann Hua Toa menulis dalam bukunya Qiaowu- Extra Territorial Policies of Overseas Chinese (Qiaowu-Polisi Wilayah Tambahan Diaspora China), menjelaskan secara terperinci dalam buku beliau bagaimana China menggunakan diaspora Cina sebagai alat untuk mereka merebut pelbagai kepentingan di peringkat antarabangsa dari sudut politik dan ekonomi sebagai langkah untuk mengukuhkan hegemoni China di peringkat dunia.

Mereka menubuhkan satu unit yang dipanggil sebagai Qiaowu yang bernaung secara terus di bawah pentadbiran pusat parti Komunis. Unit ini dikenal sebagai “OC affairs work” (huaqiao shiwu gongzuo 华侨事务工作) singkatannya adalah qiaowu (侨务).

screen-shot-2016-11-03-at-2-51-05-pm

Rajah di atas menunjukkan akan pentadbiran Qiaowu yang mempunyai hubungan langsung dengan komuniti pusat parti komunis China. Secara ringkas unit Qiaowu ini dibahagikan kepada dua untuk dijaga. Rakyat di dalam China dan juga di luar China.  Di dalam China (Guiqiao (rakyat China yang pernah menetap di luar negara dan pulang ke negara asal) , Giaojuan (侨眷 ahli keluarga rakyat China yang duduk di luar negara.) Di luar china pula (Huaqiao 华侨 (Rakyat China di luar negara) Huaren 华人 (Diaspora China). Secara sejarahnya unit ini berkembang semenjak zaman pemerintahan Dinasti Qing kemudian diteruskan semasa era Koumintang dan Parti Komunis.

Menurut Dr James, Qiaowu berperanan untuk menjaga kebajikan diaspora China yang berada di luar China. Ianya juga bertindak sebagai pusat risikan untuk memberikan maklumat kepada kerajaan China dan unit ini juga berperanan dalam membantu kementerian luar mereka dan juga pejabat kedutaan.

Tulisan pada kali ini akan memberi fokus kepada Huaren 华人 (Diaspora China). Bagaimana Qiaowu mengunakan Huaren ini. Huaren pada mulanya dikenali sebagai Huaqiao 华侨 (Rakyat China di luar negara). Akibat tekanan daripada dunia antarabangsa pada pertengahan tahun 1950 an Beijing terpaksa menukar polisi mereka terhadap diaspora China ini. Hal ini bagi mengelakkan berlaku konflik dengan negara tempat diaspora China ini lahir dan bermastautin (dual nationality). Hal ini kita boleh lihat pada artikel 58 dalam perlembagaan rakyat komunis China yang mengiktiraf 11.5 juta diaspora Cina sebagai sebahagian rakyat China.

“Article 58 of the Common Programme adopted by the Chinese Peoples’ Political Consultative Conference (CPPCC) in 1949 iterated the PRC’s inten- tion to “protect the proper rights and interests of Chinese residing abroad.” Furthermore, the 1953 census showed that 11.5 million OC were included as part of China’s population. Beijing also accepted all OC wishing to return to China, and allowed their election to the NPC”

Maka satu lagi pembahagian tambahan, Huaren telah diwujudkan. Walaupun begitu, China masih lagi memandang bahawa Huaren ini sebagai aset penting untuk menjalankan agenda mereka. Salah satunya melalui indentifikasi kelompok elit China jingying ( ). Jingying ini boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Antaranya adalah:

  • Pemimpin-pemimpin yang berpengaruh dalam kalangan diaspora China
  • Huaren yang berbakat dan mempunyai pelbagai kemahiran seperti dari sudut sains dan teknologi. Pada 2004, kerajaan China menyediakan “kad hijau” kepada kelompok Huaren ini yang akan memberikan mereka manfaat yang sama seperti rakyat tempatan dapat (seperti pendidikan percuma, peluang pelaburan yang sekata, kemudahan rumah dan lain-lain lagi).

Kaedah Pengkaderan

Unit Qiaowu akan mengenal pasti, Huaren yang berbakat ini dan akan melakukan pendekatan memenangi kepercayaan mereka. Teknik ini disebut sebagai (yong zhenxin yingdele xinren, zhazha shishi wei huaqiao huaren fuwu 用真心赢得了信任, 扎扎实实为华侨华人服务). Hal ini bertujuan untuk membina hubungan yang rapat sehingga menembusi hati mereka, untuk memberikan taat setia dan kepercayaan kepada tanah besar China. Disebut di dalam buku ini juga, mereka akan dihubungi melalui, email, surat, kad-kad ucapan, dan pertemuan secara sembunyi-sembunyi. Unit Qiaowu akan mengenal pasti Huaren yang berpontesi dengan melakukan infiltrasi melalui:

  • Pusat-pusat Pendidikan (Xiamen Universiti, Sekolah, Confucius Institute)
  • Persatuan-persatuan Cina (Kampung Baru)
  • Dewan Perniagaan Cina
  • Syarikat-syarikat Pelaburan Cina
  • Bank Cina
  • Agensi Travel Cina
  • Pekerja Kontrak (Buruh Kilang)
  • Pendanaan Media (Xinhua.net)

Terdapat beberapa kes yang disebutkan di dalam buku ini, terutama kes-kes di Amerika Syarikat yang melibatkan penyaluran maklumat-maklumat rahsia syarikat dan juga negara. Mereka yang terlibat adalah Saintis Cina, businessman, pelajar dan lain-lain lagi. Contoh kes yang diberikan adalah kecurian kepada maklumat Royat Dutch Shell. Apabila Shell mendapati satu meeting khas diadakan oleh pekerja-pekerja ini untuk menyalurkan maklumat kepada China.

Di Malaysia, unit Qiaowu ini telah mula menjalankan kerjasama dan menemui kelompok-kelompok Cina yang ada di Malaysia. Anda boleh perhatikan gambar-gambar di bawah.

screen-shot-2016-11-03-at-2-53-00-pm
Ketua Pengarah Pejabat Qiaowu – Qiu Yuanpin telah mengunjungi ibu pejabat Persekutuan Persatuan Cina Malaysia dan bertemu dengan Presiden, Tan Sri Pheng Yin Huah

screen-shot-2016-11-03-at-2-57-36-pm

screen-shot-2016-11-03-at-2-58-35-pm
Tiga puluh ketua kampung mewakili lebih 20 Kampung Baru Cina seluruh negara berlepas ke Hainan, China pada 18 Julai lalu bagi mempelajari serta mengambil contoh proses urbanisasi yang berlaku di sana. Beliau berkata lawatan lima hari itu ditaja pihak Kedutaan China di Malaysia bertujuan memberi peluang kepada ketua-ketua kampung berkenaan melihat sendiri kerancakan proses urbanisasi di bandar-bandar di Hainan seperti Sanya dan Haikou. 

MCA telah dikenal pasti dalam konteks melaksanakan projek OBOR (One Belt One Road) sebagai rakan usahasama dalam memastikan projek ini berjaya dilaksanakan di Malaysia. Pelbagai perjumpaan antara MCA dan Parti Komunis China telah dijalankan untuk menjalinkan hubungan yang rapat dan akrab. Manakala persatuan-persatuan Cina seperti, Dewan Perniagaan Malaysia-Cina adalah antara aktor yang dikenal pasti untuk menjayakan projek OBOR ini di Malaysia.

14495324_1467599453257124_38688322599134163_n
MCA telah menganjurkan dialog bersama Chinese Community Party (CCP) China Economic Cooperation Centre bermula daripada Julai tahun lepas. Dialog yang dilaksanakan tahun lepas dihadiri 250 orang peniaga daripada China dan Malaysia. Antara yang hadir adalah Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai, setiausaha MCA, Ong Ka Chuan dan Zhou Li daripada Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC). Dialog yang dijalankan tahun ini pada bulan September telah dihadiri oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, penolong Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Jawatankuasa pusat kepada menteri Li Jun, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia Datuk Ter Leong Yap dan wakil Persekutuan Tujuh persatuan Suku Tan Sri Koo Yuen Kim.

Kita juga boleh melihat bagaimana Duta China, Huang yang melawat Petaling Street pada 29 September 2015 bagi bertujuan melindungi kepentingan peniaga-peniaga Cina di sana. Turut mengiringi beliau pada lawatan tersebut adalah Datuk Ang Say Tee, yang merupakan pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Kuala Lumpur dan pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi MCA Ampang.

malaysia-dr-huang-huikang

Persoalan yang boleh kita timbulkan, adakah kerjasama-kerjasama seperti ini boleh menghakis nilai taat setia kepada negara? Sejauh mana diaspora ini telah digunakan sebagai alat untuk melaksanakan agenda politik China?

Projek OBOR: China’s Map of National Humiliation sebagai asas propaganda politik

14500310_1461134960570240_5828419915264914001_o
Peta ini dipetik daripada buku Dr William Callahan, The Pessoptimist Nation

Tindakan politik China dapat difahami melalui peta 1927 Map of China’s National Humiliation. Peta ini menurut William Callahan di dalam bukunya, ‘China, The Pessoptimist Nation’, adalah peta yang membentuk fahaman politik orang China sehingga ke hari ini. Peta-peta sebegini, adalah penting sebagai alat propaganda politik yang menggambarkan China sebagai sebuah kuasa besar dunia, yang wilayah kekuasaannya dirampas dan dijajah oleh penjajah Barat dan Jepun. Jika kita lihat wilayah ini merentas sehingga ke Asia Tenggara, Asia Tengah, sehingga juga ke negara-negara di Asia Selatan, termasuklah negara kita Malaysia.

Menurut Callahan, fahaman politik ini membentuk dasar luar China sehingga ke hari ini. Sebagai contoh, OBOR, ataupun One Belt One Road dapat dilihat sebagai manifestasi fahaman politik hasil daripada peta China’s National Humiliation. Begitu juga dalam kes tuntutan Laut China Selatan. Ini dapat dilihat pada tahun 2013, di mana Presiden China iaitu Xi Jinping membentangkan rancangan Silk Road Eonomic Belt dan 21st Century Silk Road atau lebih dikenali sebagai OBOR. OBOR menggabungkan Silk Road iaitu laluan sutera dan Maritime Road iaitu laluan laut yang pernah dipelopori semasa era Dinasti Ming ketika zaman Zheng He ataupun Cheng Ho. Laluan laut ini merentas daripada China ke Asia Tenggara sehingga ke pantai Timur Afrika. Secara geografinya, projek OBOR ini akan menghubungkan jalan darat dan jalan laut. Jalan darat melalui Silk Road Economic Belt akan menghubungkan China, Asia Tengah, Rusia dan juga Eropah.

csm_chinamapping-silk-road-dec2015-en_686923c005-1

Jika kita melihat kepada skala projek OBOR ini di Malaysia yang sedang rancak dilaksanakan sekarang seperti pemilikan hartanah dan aset-aset strategik dalam skala yang besar, kelulusan pembinaan kereta api laju yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura (sebahagian daripada projek OBOR ini adalah untuk menghubungkan Kunming di China hingga ke Singapura), pemilikan pelabuhan seperti di Kuantan, pembinaan Universiti Xiamen di Sepang, projek koridor Melaka dan lain-lain lagi (anda boleh membaca tulisan saya di pautan di bawah), serta tuntutan China yang semakin agresif terhadap Laut China Selatan, menunjukkan kesungguhan China dalam melebarkan hegemoni mereka di sini.

i) OBOR peluang atau ancaman?

http://focuss.my/obor-one-belt-one-road-peluang-atau-ancam…/

ii) Adakah projek OBOR akan mengadaikan negara?

http://focuss.my/adakah-projek-obor-one-belt-one-road-akan…/

iii) Projek OBOR dan kejatuhan Melaka.

http://focuss.my/projek-obor-dan-kejatuhan-kerajaan-melaka/

iv) Limpahan pendatang dari China satu ancaman demografi?

http://focuss.my/limpahan-pendatang-dari-china-satu-ancama…/

v) Usaha menchinakan Malaysia

http://focuss.my/usaha-menchinakan-malaysia/

Projek-projek OBOR kini telah dimulai di seluruh pelusuk dunia. Walaupun secara dasarnya kelihatan seperti projek ini membawa manfaat dari sudut ekonomi, tetapi secara tidak langsung akan membawa implikasi kepada keselamatan dan kedaulatan negara. Ia akan membawa kesan dan merubah demografi negara, eksploitasi hasil bumi, merubah struktur ekonomi domestik dan juga aspek kebudayaan negara.

Tidakkah kita berasa negara sedang menghadapi bahaya yang besar? Adakah kita sedar bahawa projek OBOR ini adalah sebahagian daripada strategi untuk menjadikan negara kita sebahagian daripada tanah jajahan mereka?

Apa yang harus kita lakukan

Apabila kita berbicara tentang perhubungan antara negara, ada titik besar yang harus kita fahami sebelum merangka satu-satu perhubungan. Perhubungan di sini merujuk kepada perhubungan bilateral (dua hala) antara negara, dalam konteks ini Malaysia dan China.

Perhubungan ini boleh berlaku dalam dua situasi, situasi pertama di mana negara kita berada dalam keadaan yang kuat (kekuatan ekonomi, kestabilan politik luaran dan dalaman, ketenteraan dan sebagainya) manakala situasi kedua pula berlaku dalam keadaan negara kita berada dalam situasi yang fragile (rapuh) ataupun lemah.

Apabila perhubungan ini berlaku pada situasi pertama iaitu situasi negara kita berada dalam keadaan yang kuat, kita mempunyai keupayaan dan kapasiti, ataupun istilah yang lebih tepat iaitu kuasa untuk menapis mana yang baik dan mana yang buruk. Perkara yang positif dan baik boleh diambil dan digunakan demi membangunkan negara kita. Manakala mana-mana yang buruk pula kita padam ataupun perangi sekiranya kedatangan itu berlaku dalam satu bentuk pemaksaan atau penjajahan . Perlu difahami bahawa keupayaan untuk menapis memerlukan kepada kekuatan. Ini kerana negara yang lemah tidak akan mampu untuk menapis keburukan dan akan merelakan sahaja penajajahan ini berlaku. Itulah yang berlaku di sepanjang belahan sejarah.

Pengkaji yang melihat isu ini, harus melihat secara holistik dan merentas disiplin. Solusi yang diutarakan adalah solusi jangka panjang dan bukan hanya sekadar solusi jangka pendek. Berpada dengan jawapan “apa lagi yang Malaysia boleh lakukan?”. Malaysia negara kecil. Maka “hedging” adalah strategi yang sesuai adalah jawapan bersifat sementara. Kedua-dua solusi harus dirangka secara beriringan secara mendalam dan mendasar, dengan melihat agenda yang ingin dibawa melalui satu-satu perancangan ini seperti contoh projek OBOR (One Belt One Road).  Tidak salah jika kita mempunyai sikap skeptik, apabila “tetamu luar mahu masuk ke dalam rumah kita”.

Kita tidak mahu menjadi apa yang pernah berlaku dalam lipatan sejarah  di Melaka seperti yang tersebut dalam Hikayat Hang Tuah, bilamana Portugis mahu membina penempatan, maka dibenarkan tanpa sebarang syak wasangka. Sedangkan, di situlah mereka mengangkut senjata dan menyimpan senjata.  

Pengkaji-pengkaji juga harus mendatangkan bukti empirik sebagai bahan bukti yang kukuh, bukan sekadar berpada dengan sentimen-sentimen yang dimainkan di media massa. Kemudian ruang perbincangan dan pendidikan kepada masyarakat harus dibuka seluas-luasnya atas nama akademik untuk mengumpulkan cerdik pandai negara dalam membincangkan isu ini secara bersama. Apakah kesan baik dan buruk yang akan kita dapat? Adakah manfaat lebih besar daripada mudarat? Kajian-kajian untuk memahami “wajah sebenar China” dan kaedah politik terbaik dalam berhadapan dengan mereka harus diperbanyakkan.

Bagi rakyat tempatan, beberapa persoalan yang kita boleh utarakan kepada pihak kerajaan, adakah perubahan “angin” yang besar ini, didasari kajian yang mendalam dan mendasar dengan mengambil kira kesan dan implikasi yang akan ditanggung dari sudut keselamatan dan kedaulatan negara?  Ataupun tindakan beralih angin ini didasari oleh kepentingan-kepentingan politik untuk mengekalkan tampuk pemerintahan semata-mata?

Dengan termeterainya 14 perjanjian bernilai RM144 bilion, China perlu memastikan keselamatan pelaburan beratus billion dolar mereka. Adakah pelaburan ini adalah satu umpan untuk memerangkap negara masuk untuk memastikan penguasaan China di laut China Selatan?

Persoalan-persoalan ini harus dijawab dengan teliti kerana ianya melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.

Asyraf Farique

Penganalisis IRIS INSTITUTE

7 comments
  1. Di bawah China Dream, bahagian strategi china yang pertama, saya kurang faham apa yang dimaksudkan dengan Hawthorne effect. Boleh beri sedikit penjelasan?

    Terima kasih.

  2. Najib perlu kembali membaca buku sejarah abad ke19 dimana kedatangan kaum cina ke tanah melayu. Lihatlah bagaimana azabnya tanah melayu dijajah waktu dahulu. Hargailah rakyat dahulu yg bertarung dan berkorban nyawa untuk memerdekakan bumi Malaysia ini. Setelah berjaya mencapai kemerdekaan, adakah skrng ini kita mahu dijajah semula. Kenapa begitu rakusnya pemimpin skrng utk pelaburan negara sehingga menampakkan kepada mengadaikan bangsa dan negara. Adakah ini kerana terdesaknya kerajaan utk menutup hutang sehingga sanggup bangsa dan negara tergadai dimasa hadapan nnti. Mustahil rakyat malaysia tidak ada kepakaran tinggi dlm membanggunkan pasarana negara. Kita banyak universiti dan banyak bijak pandai, cuma pemimpin tidak memberikan peluang kerana mungkin disebabkan keberhutangan negara terlalu tinggi sehingga wang negara tidak ada lg utk membanggunkan malaysia. Oleh itu terpaksa menghambakan negara kepada negara luar untuk mencari dana bg menutup apa yg telah berlaku sekarang ini. Rakyat Malaysia harus bangkit dan sedar sekarang ini utk menilai adakah pemimpin skrng ini bijak utk rakyat atau bijak utk menutup kepentingan diri dan keluarga sendiri.

  3. Kalau benar ada kemungkinan ini kita patut menyedarkan PM…secara logik mungkin boleh berlaku sebab jika parti DAP boleh ada niat sebegitu…tdk mustahil CHINA jg begitu…sblum anak cucu kita jd mangsa…kita harus bertindak lbh awal…bkn utk menjatuhkan PM tp untuk mengingatkan PM akan bahaya ini…kita sdh tahu ekonomi adalah senjata yg paling berkesan utk sesebuah negara menjajah negara lain.

  4. Kelmarin .. sudah berLALU !
    Hari ini .. sedang berLAKU !
    Hari esok .. belum TENTU !
    *mau jamah Historika … atau
    *melihat keadaan Semasa … yg penuh ::
    ? Pembelitan ..
    ? Kekaburan ..
    ? Manipulasi ..
    ? Yg buta pun dpt Melihat periLaku keTidakJujuran ..
    ❗️u don’t need a DOUBLE-BLIND STUDY to predict PRU14
    ?wind-of-change ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dokumen Bocor- Pendedahan Campur Tangan Soros ke dalam Politik Malaysia

Next Post

Pilihanraya Presiden AS: Dunia tanpa Amerika?

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content