Akhirnya Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke 45. Watak yang sering dimomokkan dalam dunia maya sebagai tidak berkaliber dan bodoh, akhirnya menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Adakah dengan pemilihan sebegitu mengambarkan Amerika sedang mengalami fasa-fasa kejatuhan? Kemenangan Trump ini menunjukkan senario pergolakkan dalaman yang akan berlaku dalam politik Amerika. Politik dalaman yang selama ini utuh, membolehkan Amerika terus mendominasi kekuasaan dunia, tiba-tiba menjadi rapuh dan menanti masa untuk jatuh.
Berbeza dengan China, yang baru sahaja mengadakan pertemuan sesama pimpinan parti-parti Komunis yang ke 6 pada Oktober lepas, menampakkan struktur dalaman parti telah dikukuhkan, dua resolusi yang berkait dikeluarkan, salah satunya berkaitan disiplin di dalam parti dan kedua status Xi Jinping, telah diangkat sebagai “pemimpin teras” untuk memimpin China mengemudi penguasaan politik dunia.
Memetik kata-kata Wang Dong, dalam The Diplomat bertajuk “Watching the Us Presidential Election from China” Wang Dong adalah Profesor dalam Hubungan Antarabangsa dan penolong pengarah pusat penyelidikan China US
Meanwhile, Chinese elites and public have been watching the rise of Donald Trump with a sort of excitement and bewilderment. Rightly or wrongly, many in China actually tend to believe that Trump would be easier to deal with than Hillary Clinton, since he is a businessman. A pro-business Republican president will tend to be pragmatic and China-friendly, if not pro-China.
Pemimpin elit China, melihat, mereka lebih senang bekerjasama dengan Trump berbanding Clinton. Dasar Trump yang dilihat lebih pragmatik, terutamanya dalam isu keselamatan dan perdagangan, semestinya mengembirakan China. Apatahlagi, dengan kata-kata Trump yang mahu menarik balik tentera daripada Korea Selatan dan Jepun yang selama ini menjadi pengkalan utama mereka di Asia Pasifik.
Sementara Clinton, para pembuat dasar China akan berhadapan dengan kepayahan dalam mengelola satu bentuk baru “pivot to asia” yang akan diteruskan Clinton.
Teori Kejatuhan Amerika?
George Modelski di dalam bukunya Long Cycles of World Politics, menerangkan tentang teori kekuasaan selama 100 tahun. Amerika Syarikat, dilihat telah menghampiri tanda-tanda “deconcentration of dominance” – rujuk rajah di atas. China dijangka akan menjadi kuasa dunia yang baru. Tetapi bagaimana corak pentadbiran dunia yang baru ini?
Melihat kepada sejarah lampau dunia, kita boleh melihat kepada rajah di bawah.
Pada kurun ke 16, kuasa dunia adalah pada tangan Portugal, pencabar adalah Sepanyol. Perang dunia berlaku sekitar 1494-1516, Portugal pada ketika itu mengadakan pakatan dengan Belanda. Kemudian kurun ke 17 Belanda memegang tampuk pemerintahan dunia, diikuti oleh Britain selama 2 kurun, kemudian diganti oleh Amerika Syarikat.
In Modelski’s history, the next world leader has not been the challenger, but has been one of the countries in the coalition brought together by the world leader to fight the challenger. The case of the United States and Great Britain is a clear illustration of this process. Great Britain’s role as world leader was challenged by Germany resulting in the two world wars.
Dalam konteks pada hari ini, bolehkah kita mengatakan begini, pencabar kepada Amerika Syarikat adalah Rusia, dan “coalition partners” adalah China?
Teori ini masih lagi boleh dibincang dan dibahaskan.
Beberapa bacaan senario yang boleh kita gambarkan dalam fasa sekarang.
- Akan berlaku kucar kacir dalam pertembungan politik dalaman Amerika sendiri. Hal ini boleh dilihat dalam dasar-dasar Trump yang dilihat sangat rasis dan menindas kelompok minoriti.
- Kredibiliti Amerika akan jatuh di mata dunia. Negara yang mendapat perlindungan daripada Amerika akan bertukar arah, seperti apa yang dilakukan oleh Filipina.
- Perbezaan paling besar di antara Trump dan Clinton adalah berkenaan polisi luar negara AS bersama NATO. Trump bersikap skeptikal tentang peranan NATO pada hari ini dan dia merasakan bahawa Amerika telah mengeluarkan belanjawan yang lebih banyak daripada manfaat yang diperolehi daripada persekutuan tersebut. Menekankan keganasan sebagai isu kritikal hari ini, Trump mendakwa NATO tidak berperanan dalam menghalang aktiviti-aktiviti yang berpotensi membawa kepada isu-isu keganasan.
- Berbeza dengan sikap Obama terhadap Presiden Vladimir Putin, Trump merasakan bahawa menjalinkan hubungan bersama presiden Rusia penting demi manfaat Amerika dan ini disambut baik oleh Presiden Putin. Adakah ini tanda kepada kebangkitan “orang kulit putih?” yang lebih nasionalis?
- Jika dileteliti pada dasar Trump dalam isu Laut China Selatan, Trump kelihatan, akan menghantar kapal-kapal dalam skala yang banyak di sana. Ini memungkinkan peluang tercetusnya konflik di laut China Selatan berlaku dalam skala yang tinggi. Adakah perang dunia yang seterusnya akan berlaku di rantau Asia Tenggara? Satu sanggahan kasar dan agak simplistik. Apakah bentuk konflik yang akan berlaku? Perlu diperhalusi. Dalam hal ini Rand telah mengeluarkan satu report yang bertajuk “War with China: Thinking Through the Unthinkable”. Matlamat utama Amerika adalah mengelakkan konflik.
- Geoff wade seorang Profesor di ANU (Australian National University) dan juga penasihat kepada tentera Australia dalam sebuah artikel yang bertajuk China’s six wars in the next 50 years mengatakan China telah membuat beberapa projeksi tentang perancangan perang yang mereka bakal ambil melalui propaganda yang telah disebarkan dalam satu akhbar China, Zhongguo Xinweshe bertajuk, “Mendedahkan 6 perang yang China perlu hadapi dalam masa 50 tahun ini”
6 perang yang dimaksudkan itu adalah.
- The war to unify Taiwan (2020–2025)
- The war to recover the various islands of the South China Sea (2025–2030)
- The war to recover southern Tibet (2035–2040)
- The war to recover Diaoyutai and the Ryukyus (2040–2045)
- The war to unify Outer Mongolia (2045–2050)
- The war to recover the territory seized by Russia (2055–2060)
- Walaupun propaganda ini agak melampau, tetapi dari sudut ekonomi China telah memulakan langkah dengan strategi OBOR (One Belt One Road) mereka di serata dunia. Dengan kekalutan yang berlaku dalam politik Amerika, maka China akan mengisi kekosongan ini dan mengambil kesempatan, atas kelemahan politik dalaman Amerika untuk mendominasi pentas dunia sebagai kuasa dunia yang seterusnya
- Keadaan di Timur Tengah dilihat akan menjadi lebih rumit. Dalam hal melawan Islamic State (IS) yang dipropagandakan oleh barat, kedua-dua Donald Trump dan Hillary Clinton mempunyai polisi yang sama dan tidak berubah. Hal ini dapat dilihat apabila kedua-dua nya mengkehendakkan agar koalisi barat dan dunia Arab melawan IS, menjadikan supaya wujud kawasan yang tidak boleh dilalui oleh kapal terbang di Syria, meningkatkan serangan udara ke atas negara tersebut dan menambahkan tentera Amerika di Syria.
- Dalam isu Palestin pula, Trump dilihat terpaksa mengotakan janjinya kepada Netahanyu dengan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, dan ini pastinya akan menimbulkan konflik dan ketegangan yang berterusan antara Palestin dan Israel. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Netanyahu di Trump tower.
Kesimpulan
Kemenangan Trump akan membawa kepada corak baru dalam pentadbiran politik dunia. Pemilihan ini memberi gambaran akan keadaan politik dalaman Amerika Syarikat yang semakin lemah. China akan mengambil kesempatan atas kelemahan ini dan meneruskan projek-projek mereka untuk memegang hegemoni dunia. Bagi keadaan di Timur Tengah pula, polisi Trump dilihat akan membantu Israel mengukuhkan kedudukan mereka sekaligus memecah-mecahkan lagi negara-negara di Timur Tengah seperti perancangan “The Greater Middle East”.
Oleh:
Asyraf Farique, Fatin Nadhirah & Aiman Faudzi
Penganalisis IRIS Institute
kenyataan di atas sama seperti ramalan cabutan nmbor cabutan bertuah. melatah trump mengatakan menumpukan isu2 dalaman adalah keutamaan nya disebabkan beliau tiada pengalaman serta pengetahuan selok belok politik dan Presiden pertama di lantik bukan di kalangan keanggotaan rumah putih. Oleh itu amat tepat lah ia bermula keutamaan Negaranya di utamakan kemudian bergerak kepada negara jirannya contoh Memasang tembok di sempadan maxico bagi menyekat pencerobohan di sempadan rakyat ke dua2 negara. Kemudian seterusnya dan seterusnya. Persepsi awalnya Mr Donald Trump tidak begitu di senangi dunia disebabkan kenyataan keras dibuat di ,media2. Mr Dnald Trump bukan berdiri bersendirian mungkin kah di terima akal kalau katakan HILARY CLINTON turut dalam pentadbiran nya. Siapa tahu dunia semakin aman damai sewaktu beliau presiden AS ..