Nga Kor Ming Cadang Angkat Kampung Baru Cina Sebagai Tapak Warisan UNESCO, Usaha Jadikan Kampung Baru Cina Warisan Kebudayaan Negara Dan Kekalkan Legasinya

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming berkata KPKT sedang merangka rancangan untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah penempatan itu. (TheStar)

Terdahulu, pada Jun 2023, Nga Kor Ming telah mencalonkan tujuh Kampung Baru di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Melaka, dan Johor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pada masa sama, beliau juga telah meluluskan peruntukan RM4.02 juta untuk melaksanakan dua puluh dua projek pembangunan Kampung Baru di seluruh Pulau Pinang. (Berita Harian)

Tambahan pula, Kampung Baru Cina turut menerima peruntukan pembangunan khusus setiap tahun. Dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta kepada Kampung Baru Cina bagi tujuan pembangunan infrastruktur asas dan kemudahan sosial. (MOF)

Pengiktirafan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan UNESCO membolehkan kampung baru diangkat sebagai warisan kebudayaan Malaysia. Penempatan itu juga bakal dipelihara dan dilindungi di bawah Konvensyen Perlindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia 1972.

Sebagai makluman, Kampung Baru Cina diwujudkan ketika zaman pemerintahan British di Tanah Melayu. Menurut Ahli parlimen Maran, Ismail Abdul Muttalib penduduk kampung baru cenderung bersifat mono-etnik kerana sebilangan besar penduduk kampung Cina tidak mempunyai keupayaan untuk bertutur dalam bahasa Melayu. (MalaysiaKini)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

100 days of Taufan Al-Aqsa: What’s Next After ICJ?

Next Post

Agenda ESG Untungkan Syarikat Besar, Lebih Daripada 80 Peratus Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PKS) Tidak Bersedia untuk ESG

Related Posts
Skip to content