Alibaba beli syarikat teknologi visual Israel bangunkan projek Machine Vision Laboratory

Pada  25  March  yang  lalu,  Syarikat Israel Alibaba,  Machine  Vision Laboratory  telah  mengumumkan pembelian sebuah  syarikat teknologi  visual Israel,  InfinityAR..

Syarikat Alibaba membeli syarikat terbabit dengan harga lebih dari US$ 10 juta. Pembelian itu adalah sebahagian dari rangka pembangunan teknologi AR (Augmented Reality) dan AI (Artificial Intelligence) yang menggunakan analisis video dan machine learning yang dibangunkan Machine Vision Laboratory.

InfinityAR adalah pembekal sistem operasi yang boleh memancarkan visual realiti dengan lokasi dan pemetaan serentak yang paling tepat (SLAM) melalui gentian gelas. Ia membolehkan pengguna teknologi tersebut berinteraksi dengan realiti visual digital yang seakan-akan seperti dunia sebenar.

InfinityAR menyertai projek kerjasama Alibaba-Israel selama 3 tahun yang diasaskan oleh Damo Academy milik Alibaba. Menurut laporan berita, Damo Academy mempunyai ibu pejabat di 7 bandar besar dunia. Pembelian Infinity AR ini adalah pembelian kedua Alibaba kepada syarikat teknologi Israel. Pada November 2017 Alibaba telah membeli syarikat teknologi QR-code, Visualead.

Sebelum itu, Alibaba telah membuat pelbagai pelaburan kepada syarikat Israel sejak tahun 2016. Alibaba Group telah melabur dalam syarikat Nexar yang memiliki teknologi dashcam yang berhubung secara cloud, syarikat data warehouse SQream Technologies, syarikat augmented realities, Lumus dan enjin carian e-commerce, Twiggle. Pada bulan Disember 2018 pula, Alibaba Group membuat pelaburan besar kepada syarikat pengangkutan awam Israel, Optibus.

Disediakan oleh:
Unit Pantauan Berita IRIS Institute

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Anak Melayu Sarawak golongan paling terkesan dengan pemisahan Sarawak dari Malaysia

Next Post

Daun sirih dan kaduk, bentuk rupanya seakan sama, tetapi sifatnya berbeza

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content