Kedutaan China: Kapal Disyaki Curi Bangkai Kapal Perang Diupah Syarikat Malaysia

Sumber: Maritim Malaysia

Kedutaan China di Malaysia telah bertindak balas terhadap laporan terbaru mengenai kapal China yang disyaki terlibat operasi mencuri bangkai kapal perang lama.

Dalam satu kenyataan hari ini, kedutaan China berkata bahawa kapal berkenaan diupah oleh syarikat Malaysia.

“Berdasarkan maklumat yang ada, kapal yang beroperasi di perairan Malaysia itu adalah diupah syarikat tempatan Malaysia.

“Kami berharap pihak Malaysia dapat mengendalikan kes ini dengan adil mengikut undang-undang, bersungguh-sungguh melindungi keselamatan dan hak serta kepentingan warga China dan melaporkan perkembangan siasatan tepat pada masanya,” kata jurucakap kedutaan itu.

Pada Isnin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkata peluru meriam dipercayai dari Perang Dunia Kedua telah ditemui pada kapal pengangkut pukal yang didaftarkan di China.

APMM berkata, sebuah kapal yang berdaftar di Fuzhou, China dan membawa 32 anak kapal gagal mengemukakan permit berlabuh semasa pemeriksaan rutin di perairan negeri Johor pada Ahad.

Ia ditahan kerana berlabuh di perairan Malaysia tanpa kebenaran.

Pihak berkuasa juga menemui besi buruk di atas kapal itu.

Difahamkan, peluru itu boleh dikaitkan dengan rampasan berasingan beberapa artileri era Perang Dunia Kedua yang tidak meletup oleh polis di jeti Johor minggu lepas.

Ini berikutan laporan bahawa terdapat operasi yang menyasarkan dua bangkai kapal Perang Dunia Kedua British di luar pantai Malaysia – HMS Prince of Wales dan HMS Repulse – yang ditenggelamkan oleh torpedo Jepun pada 1941, hanya tiga hari selepas serangan Jepun ke atas Pearl Harbor di Hawaii.

Sumber: Malaysiakini & MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Adakah Ambalat Termasuk Dalam Perjanjian Malaysia-Indonesia? – Saifuddin

Next Post

PenChinaan Sabah: China Perkukuh Agenda Qiaowu Melalui Diasporanya, Tubuh Kesatuan Ekonomi Sabah (SEU) sebagai Broker Projek OBOR

Related Posts
Skip to content