Menurut Pakar Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Shazida Jan Mohd Khan, tindakan warga tempatan yang menyerahkan lesen perniagaan kepada warga asing atau amalan “ali baba” mengancam pertumbuhan ekonomi negara. Dakwanya, amalan ini menyebabkan Malaysia kerugian sebanyak RM18 bilion menerusi keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2022. (BeritaRTM)
Terdahulu, pada 25 Disember 2023, menteri ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan bahawa Undang-undang “Anti-Ali Baba” sedang dipertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap rakyat Malaysia yang secara haram menyewakan lesen kepada pekerja asing tanpa memenuhi syarat tertentu. (TheStar)
Kawasan perniagaan yang kebanyakannya diusahakan oleh golongan Bumiputera kini dikuasai oleh warga asing. Mereka yang terdiri daripada warga Rohingya dan Bangladesh didakwa menguasai sektor pertanian tempatan terutamanya sekitar daerah Kerian, Perak dan di utara Selangor. Tambahan pula, menurut presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, warga asing juga menguasai perniagaan jalanan, pasar mini kecil, dan beberapa pasar raya di dalam negara. (Hmetro)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.