Sabah Lulus Tiga RUU Kawal Selia Sektor Pembekalan Elektrik, Kembalikan Kuasa Autonomi Sabah selepas 40 Tahun

Pada 3 januari 2024, Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan tiga Rang Undang-Undang (RUU) bagi kerajaan negeri mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada Persekutuan. Tiga RUU berkenaan adalah RUU Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2024, RUU Bekalan Elektrik 2024 dan RUU Tenaga Boleh Baharu 2024. Kesemua RUU ini dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor. (UtusanBorneo)

Menurut Hajiji, RUU berkenaan akan memberi kuasa kepada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) untuk mengawal selia industri bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu di Sabah. Tambahan pula, Sabah merancang untuk mengambil alih Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sepenuhnya daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kini mempunyai pegangan sebanyak 83 peratus. (Berita Harian)

Oleh itu, Sabah tidak lagi terikat dengan kerajaan persekutuan dalam fungsi kawal selia bekalan elektrik selepas bidang kuasa itu diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 1984. Manakala, perolehan penuh SESB daripada TNB bakal mengukuhkan lagi agenda autonomi tenaga Sabah.

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pengarah FBI Kunjungi Agensi-agensi Penguatkuasa dan KDN, Risiko Kepada Dasar dan Kedaulatan Malaysia

Next Post

Kartel Beras Kawal Lebih 60 Peratus Daripada pengeluaran Beras Negara, berkuasa tentukan hala tuju industri padi negara

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Individu

RM200 / tahun

Individu Silver

RM500 / tahun

Individu Premium

RM1000 / tahun

Skip to content