Adakah Ambalat Termasuk Dalam Perjanjian Malaysia-Indonesia? – Saifuddin

Sumber. Kompasiana.com

Perdana Menteri dan Menteri Luar digesa memberi penjelasan terperinci jika perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia yang ditandatangani kedua pemimpin negara terbabit baru-baru ini meliputi blok Ambalat.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, rakyat berhak diberi penjelasan terperinci berhubung dua isu sempadan yang dipersetujui agar tidak timbul sebarang spekulasi.

“Perkara berhubung sempadan maritim Malaysia dan Indonesia itu ada lebih daripada dua isu namun yang ditandatangani hanya dua. Jadi timbullah persoalan bagi kawasan yang digelar Ambalat.

“Adakah ia termasuk dalam dua perjanjian yang ditandatangani itu. Sebagai bekas menteri luar, saya tahu jawapannya tapi saya tidak boleh jawab kerana di luar kuasa saya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota, Indera Mahkota 8 hari ini.

Untuk rekod, blok laut Ambalat seluas 15,235 kilometer persegi yang terletak di Selat Makassar mempunyai potensi luar biasa kekayaan laut terutamanya minyak.

Menurut maklumat yang dikumpul dari pelbagai sumber, terdapat satu titik perlombongan di Ambalat yang mempunyai simpanan potensi 764 juta tong minyak dan 1.4 trilion kaki padu gas.

Dalam pada itu, Saifuddin  mendedahkan beliau mempunyai jawapan jika blok Ambalat terbabit dalam perjanjian tersebut namun enggan membuka mulut.

“Sebagai bekas Menteri Luar, saya tahu jawapannya. Tapi saya tidak boleh jawap kerana diluar kuasa saya. Saya tiada masalah berkenaan perjanjian yang ditandatangani baru-baru ini kerana ia juga pernah dirunding ketika saya memegang jawatan Menteri Luar.

“Dan cadangan untuk tandatangan dua perkara itu telah pun dibawa oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri sewaktu bertemu Presiden Indonesia. Cuma tak sempat nak tandatangan,” jelasnya.

Pada 8 Jun lalu, Malaysia menandatangani perjanjian persempadanan maritim dengan Indonesia selepas perbincangan dengan pakar daripada Maritim Malaysia, Kementerian Luar, Majlis Keselamatan Negara, Peguam Negara serta Jabatan Ukur dan Pemetaan serta Pusat Hidrografi Nasional.

Anwar berkata, perjanjian yang ditandatangani bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo telah menyelesaikan isu persempadanan yang berlanjutan selama 18 tahun.

Sumber: MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kemenangan Erdogan Dapat Liputan Meluas Media Amerika

Next Post

Kedutaan China: Kapal Disyaki Curi Bangkai Kapal Perang Diupah Syarikat Malaysia

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Fokus adalah komuniti penulisan bebas dan tidak bermatlamatkan keuntungan.
Oleh itu, kami membuka ruang untuk individu-individu yang berminat menyumbang terutamanya bagi membantu kami dari sudut operasi.

Skip to content