Anak syarikat milik kerajaan China Baosteel Group labur USD1 bilion untuk kuasai 50 peratus saham usahasama keluli dengan Arab Saudi, beri manfaat kepada projek NEOM 2030 dan penguasaan industri keluli China di Timur Tengah

Anak syarikat milik kerajaan China dan pembuat keluli terbesar dunia, China Baosteel Group, berkata, ia akan memiliki 50% pegangan dalam saham usahasama keluli dengan Arab Saudi di Bandar Perindustrian Ras Al-Khair yang merupakan salah satu Zon Ekonomi Khas Arab Saudi. (Al-Monitor)

Kelembapan pasaran domestik dan pengeluaran berlebihan keluli telah menjejaskan harga pasaran  global. Menurut syarikat keluli utama, harga bagi gegelung panas pasaran Asia Tenggara jatuh mendadak daripada sekitar $700-900/t (termasuk pengangkutan) pada 2021 hingga pertengahan 2022 kepada julat sekitar $510-520/t disebabkan peningkatan eksport dari China. (GMK Center)

Baosteel sebelum ini bersetuju untuk melabur sebanyak 437.5 juta dolar telah meningkatkan pelaburan kepada 1 bilion dolar dalam perniagaan  untuk proses komoditi dan membekalkan industri pembinaan, gas, minyak dan perkapalan di seluruh Timur Tengah dan Afrika Utara. Ras Al-Khair ialah salah satu daripada lima zon ekonomi khas Arab Saudi dan akan berfungsi sebagai hab mineral dan logam untuk kerajaan itu. Zon ini juga terlibat dalam menyediakan kemudahan untuk industri maritim global. (Al-Monitor)

Usaha China untuk meningkatkan pasaran di Timur Tengah telah dibuat melalui siri Persidangan Perniagaan Arab-China,  yang terkini telah diadakan 11 hingga 12 Jun 2023 telah menghasilkan lebih daripada 30 perjanjian pelaburan bernilai lebih daripada 10 bilion dolar telah ditandatangani. (Al-Monitor)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Arab Saudi gagal dapatkan bekalan senjata moden daripada Amerika Syarikat, sekadar terima kelengkapan ketenteraan untuk logistik dan penyelengaraan

Next Post

London Metal Exchange (LME) lulus pelabuhan Arab Saudi sebagai gudang logistiknya, perkukuh pengaruh China dalam rantaian bekalan logam di Timur Tengah

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content