PM Turki Gesa Pimpinan Pembangkang Letak Jawatan

PM Turki, Ahmet Davutoğlu gesa para pemimpin parti pembangkang meletak jawatan sekiranya kalah dalam pilihanraya akan datang.

 

Ankara – Berikutan kekalahan pada Pilihanraya United Kingdom (UK) baru-baru ini, tiga pemimpin tertinggi UK meletak jawatan satu jam sejurus selepas keputusan pilihanraya diumumkan. Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoğlu menyeru pemimpin parti pembangkang untuk bersara dari politik seandainya mereka tewas dalam pilhanraya pada 7 Jun ini.

Davutoğlu sekali lagi menekankan bahawa beliau juga akan meletak jawatan sekiranya parti Justice dan Development Party atau AKP, gagal memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan.

Davutoğlu berkata, “Sekiranya saya menang, saya akan terus memegang jawatan ini di bawah kuasa demokrasi. Namun, sekiranya saya kalah, saya akan menyerahkan jawatan saya kepada pihak menang dan akan menulis buku.”

Dalam masa yang sama, beliau juga menyeru para pemimpin parti pembangkang untuk meletak jawatan, “di sini saya ingin menggesa, sesiapa yang kalah dalam pilihanraya ini, mohon bersara dan tinggalkan dunia politik.”

Menyahut seruan Davutoğlu, Parti Pro-Kurdish, Pengerusi Bersama People Democratic Party (HDP), Selahattin Demirtaş juga berjanji akan meletak jawatan sekiranya parti beliau tidak melepasi capaian 10 peratus undian dalam pilihanraya yang bakal diadakan pada 7 Jun ini. Beliau menambah lagi, HDP yang lebih kuat akan memacu proses perdamaian Kurdish.

“Jika kami gagal berkomunikasi dengan masyarakat Turki, maka itu adalah kesilapan kami. Jika HDP gagal melepasi 10 peratus undian pada pilihanraya akan datang disebabkan kesalahan saya menjelaskan kepada rakyat apa yang kami mampu tawarkan untuk mereka, maka saya akan meletak jawatan sebagai pemimpin HDP.”

 

Sumber : dailysabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Polisi Langkah Selamat Malaysia dalam Tuntutan Laut China Selatan

Next Post

Konflik Laut China Selatan : Filipina Tunjuk Kekuatan Bina Pangkalan

Related Posts
Skip to content