Rusuhan di Baltimore; Sejarah Berulang buat Amerika

black-lives-matter-knife-fight-Baltimore-riots-AP-640x480

29 April 2015, Washington – Rusuhan yang berlaku di Baltimore, Maryland baru-baru ini menyaksikan pergelutan antara pihak berkuasa dan penduduk awam. Kejadian tersebut merupakan salah satu rusuhan terbesar sepanjang pentadbiran Presiden Barack Obama pada musim ini, menyaksikan satu lagi kes yang dikaitkan dengan keganasan polis dan diskriminasi kaum.

Rusuhan berlaku berikutan pengebumian seorang lelaki African American, Freddie Gray yang mati ketika dalam tahanan polis. Lelaki berusia 25 tahun itu  dipercayai mati ketika dalam tahanan 12 April lalu  berikutan beberapa kecederaan yang terdapat pada tubuh badan mangsa. Setakat ini tiada penahanan yang dibuat dan kes masih lagi dalam siasatan.

Walaubagaimanapun, sejumlah lima ribu tentera telah digerakkan ke bandar Baltimore bagi mengawal keadaan di bandar tersebut. Jeneral Linda Singh, pegawai bertugas bagi Maryland’s National Guard menjelaskan bahawa tindakan kerajaan mengerahkan tentera ke bandar tersebut adalah bagi mengawal keganasan dan rusuhan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kematian Gray yang dikaitkan dengan diskriminasi kaum African American. Namun begitu, sehingga kini pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang arahan Martial Law; undang-undang yang membenarkan tentera untuk mengambil alih bandar tersebut sepenuhnya bagi meleraikan rusuhan.

Kes mangsa keganasan polis seperti ini bukanlah kes yang pertama di Amerika Syarikat. Kes yang sama berlaku Ogos lalu menyaksikan seorang lagi lelaki African American berusia 18 tahun ditembak mati oleh pihak polis. Mangsa, Michael Brown dipercayai tidak bersenjata ketika ditembak mati mencetuskan kemarahan orang ramai di negara itu disebabkan tindakan polis yang menggunakan keganasan tanpa sebab. Berikutan kejadian tersebut, rusuhan besar berlaku di hampir setiap negeri dan bandar mengakibatkan sejumlah 2200 orang tentera terpaksa dikerah bagi mengawal keadaan.

Dua rusuhan ini merupakan antara kejadian yang membuktikan kepada masyarakat dunia tentang realiti masalah dalaman Amerika Syarikat. Keganasan pihak polis disebabkan oleh diskirimasi kaum yang telah berlaku berjaya menampakkan kelemahan sistem pentadbiran kuasa besar ini, seterusnya menimbulkan tanda tanya  berkenaan nilai integriti struktur keselamatan mereka.

Kejadian seperti ini semestinya bukan satu kes yang terpencil. Baru-baru ini, pentadbiran bandar Chicago telah mencadangkan dua dana pampasan untuk diluluskan kepada keluarga mangsa keganasan polis yang berlaku lebih sedekad lalu. Terkini, pampasan sebanyak 5 juta dolar telah diberi oleh Chicago City Council kepada keluarga mangsa keganasan polis yang berlaku di bandar tersebut. Mangsa, Laquan McDonald yang berusia 17 tahun telah ditembak sebanyak 16 kali oleh anggota polis pada Oktober lalu, menambah angka kematian akibat keganasan polis di negara tersebut.

 

Oleh: Nur Hanis Mohamad Noor

Sumber: GlobalResearch.org

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Nepal’s after-decades earthquake and avalanche.

Next Post

Ratusan Kematian di Nigeria

Related Posts
Skip to content