AS lulus transaksi senjata bernilai lebih USD 5 bilion kepada Mesir, perkukuh pengaruhnya di Timur Tengah

Amerika Syarikat memperkukuhkan lagi pengaruhnya di Timur Tengah, khususnya di Gaza, dengan meluluskan penjualan ketenteraan bernilai sekitar USD5.35 bilion kepada Mesir.

Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan Amerika (DSCA) dalam kenyataan media menyatakan bahawa Jabatan Negara AS telah meluluskan permohonan Mesir untuk membaik pulih dan menaik taraf 555 kereta kebal M1A1 Abrams kepada konfigurasi M1A1SA, dengan nilai transaksi yang dianggarkan mencecah USD4.69 bilion. – DSCA

Dalam kenyataan berasingan pada hari yang sama, DSCA turut mengumumkan bahawa Mesir akan menerima sehingga 2,183 peluru berpandu Lockheed Martin AGM-114R Hellfire dalam pakej bernilai USD630 juta, yang merangkumi alat ganti, logistik, dan latihan. – DSCA

Menurut DSCA, “Penjualan ini akan menyokong dasar luar dan keselamatan negara Amerika Syarikat dengan membantu meningkatkan keselamatan sebuah negara Sekutu Utama Bukan NATO yang terus menjadi rakan strategik penting di Timur Tengah.” – DSCA

Amerika Syarikat sebelum ini dilaporkan memberikan bantuan ketenteraan bernilai USD1.3 bilion kepada Mesir sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk mengekalkan penguasaan Israel ke atas Koridor Philadelphi, yang merupakan salah satu syarat genjatan senjata yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. – Fokus

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

China pegang separuh kawalan ke atas operasi ECRL, biaya 85% daripada kos pembinaan insfrastruktur

Next Post

Kerajaan Malaysia tertinggi di dunia hapus dan sekat kandungan akaun di Tiktok, tingkat kawalan ke atas penggunaan media sosial

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content